PIHAK berkuasa Hong Kong mula menurunkan khemah jalanan dan membersihkan kawasan berdekatan pejabat kerajaan, sekaligus mengakhiri protes Occupy Central.

Lapor Today Online, pihak polis Hong Kong mula mengemas kawasan berkenaan sejak Disember, namun beberapa kemah dibenarkan untuk berada di lokasi terbabit sehingga hari Rabu, iaitu hari ke-270 sejak protes in bermula pada September 2014.

Lebih kurang 20 individu yang lain tidak menimbulkan kekecohan dan melihat pihak berkuasa membersihkan kawasan berkenaan.

Occupy Central
Penunjuk perasaan tidak menimbulkan kekecohan ketika kemah mereka diturunkan. -AFP PHOTO/ISAAC LAWRENCE

Namun dua orang ditahan pihak berkuasa termasuk Wang Dengyao, aktivis dari China yang turut berbabit ketika protes di Tiananmen Square di Beijing pada 1989.

“Kita tidak berjaya, tetapi kita belum kalah juga,” kata Simon Wong yang berusia 71 tahun.

FOTO GALERI: Protes 'Occupy Central' di Hong Kong

Minggu lepas, Ahli Parlimen Hong Kong (HK) menolak pakej pembaharuan proses pilihan raya yang mahu diperkenalkan Beijing kerana dianggap sebagai bukan demokrasi sebenar.

FOTO GALERI: Wajah Hong Kong yang tidak lagi dikenali

Ketika proses pengundian, hanya lapan undi memihak kepada cadangan itu dan 28 menentang.

FOTO GALERI: Pertembungan di Hong Kong