PENUNJUK perasaan di Kabul, Afghanistan mengutuk tindakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyalurkan aset Afghan bernilai AS$3.5 bilion buat ahli keluarga mangsa serangan 11 September (9/11).
Mereka mendakwa, aset tersebut adalah milik rakyat Afghanistan.
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Masjid Eid Gah pada Sabtu, mendesak AS memberi pampasan atas kematian berpuluh ribu rakyat Afghan sepanjang 20 tahun peperangan di negara itu.
Pada Jumaat, Biden menandatangani perintah eksekutif yang menyalurkan aset Afghan bernilai AS$3.5 bilion untuk ahli keluarga mangsa 9/11.
Beliau turut menyalurkan AS$3.5 bilion lagi aset Afghan untuk bantuan kemanusiaan melalui dana yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB).
Menurut salah seorang peserta protes, Biden tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung aset Afghanistan.
Afghanistan mempunyai aset bernilai kira-kira AS$9 bilion di luar negara, termasuk sejumlah AS$7 bilion di Amerika Syarikat.
Selainnya disimpan di Jerman, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Astro Awani
Sat Feb 12 2022
Warga Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan mengutuk keputusan Presiden AS Joe Biden, di Kabul, Afghanistan, 12 Feb 2022. (Foto AP)
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Protes bantah tindakan AS guna AS$3.5 bilion aset Afghanistan
Mereka mendesak AS memberi pampasan atas kematian berpuluh ribu rakyat Afghan sepanjang 20 tahun peperangan di negara itu.