Proses rundingan damai di selatan Thailand akan mendapat nafas baharu berikutan pembentukan kerajaan baharu di negara ini, dengan Malaysia akan meneruskan peranannya sebagai fasilitator dalam proses itu.
Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 5 Mejar Jeneral Nakrob Bunbuathong berkata, Malaysia tetap diberi mandat menjadi fasilitator berdasarkan persetujuan yang ditandatangani pada 28 Feb 2013.
Namun, beliau tidak boleh memberi jaminan proses rundingan damai itu dapat menghentikan keganasan yang berlaku di negara itu.
"Proses damai perlukan masa dan kami tidak boleh memberi jaminan keganasan akan tamat," kata Nakrob pada Persidangan Antarabangsa Komunikasi, Konflik dan Proses Kedamaian (CCPP) anjuran Fakulti Sains Komunikasi, Universiti Songkla Nakarin di sini.
Beliau merupakan wakil tentera dalam proses rundingan damai lepas.
Nakrob adalah antara orang penting yang merancang pelan damai itu untuk dikemukakan kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Jeneral Prayuth Chan-ocha.
Beliau berkata persediaan sedang diatur bagi menentukan bentuk dan cara perundingan perlu dijalankan untuk proses damai itu.
Delegasi ke perundingan itu pula akan ditetapkan selepas menerima pelantikan daripada Kerajaan Thailand yang baharu, katanya.
Menurutnya pelan damai itu sudah jelas dan akan dijalankan dalam tiga peringkat, bermula dengan peringkat pertama iaitu membina kepercayaan antara satu sama lain.
Peringkat kedua ialah memeterai perjanjian damai manakala peringkat ketiga ialah melaksanakan apa yang terkandung di dalam perjanjian itu, katanya.
Kira-kira 600 peserta termasuk pengkaji, pensyarah, wakil organisasi antarabangsa dari Norway, Australia, Kanada, Sweden, Jerman, Sri Lanka, Myanmar, Filipina, India, Indonesia dan Malaysia menghadiri persidangan itu.
Editor Kanan Deep South Watch, Muhammad Ayub Pathan berkata semua masyarakat di selatan Tahialnd mahu kerajaan baharu meneruskan dan menjayakan proses damai itu.
"Tidak ada jalan lain bagi menamatkan konflik itu kecuali proses rundingan damai bagi menyelesaikan pertelingkahan politik Thailand," katanya.
Beliau berkata jika kerajaan baharu Thailand meminta Malaysia membantu, proses rundingan damai itu boleh dijalankan secepat mungkin.
"Ini akan memberi manfaat kepada kerajaan dan juga rantau Asia," katanya.
Bernama
Mon Aug 25 2014

Pelan damai itu akan dikemukakan kepada kerajaan baharu Thailand di bawah pimpinan Jeneral Prayuth Chan-ocha (gambar).

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Proses damai Thailand dapat nafas baru, Malaysia teruskan peranan fasilitator
Namun, proses rundingan damai itu tidak memberi jaminan dapat menghentikan keganasan yang berlaku di negara itu.