Pilihan raya umum Zimbabwe yang dijangka diadakan akhir tahun ini, akan berlangsung merangkumi semua prinsip demokrasi serta adil, sebagaimana ditetapkan Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC), kata Presiden, Emmerson Mnangagwa.
Mnangagwa berkata pilihan raya Zimbabwe, dijadual diadakan dalam tempoh empat hingga lima bulan akan datang, bukan sahaja berlangsung dengan aman malah tidak dipertikaikan.
"Pilihan raya dijalankan mengikut piawaian ditetapkan SADC. Zimbabwe akan pastikan pilihan raya selari dengan amalan prinsip-prinsip demokrasi," katanya pada majlis jamuan tengah hari anjuran Presiden Mozambique, Filipe Nyusi sempena lawatan sehari ke negara itu.
Beliau berkata, Zimbabwe akan melaksanakan pilihan raya yang bebas, boleh dipercayai dan tidak akan dipertikaikan sekaligus memastikan negara itu dapat menyertai dunia sebagai negara demokratik yang sah.
Beliau turut memberi amaran kepada menteri kedua-dua negara, supaya menghapuskan kerenah birokrasi yang sebelum ini, menyaksikan banyak program dua hala terbengkalai atau mengambil masa terlalu lama.
"Kita mempunyai peluang untuk berkongsi visi dan bertukar nota. Presiden Nyusi dan saya sudah berjanji bahawa kami tidak lagi mahu segala projek digagalkan oleh menteri lembab, hanya pandai bercakap tanpa mengotakan apa yang dikata.
"Falsafah lama perlu dihapuskan. Sekarang kita menuntut perlaksanaan dan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap menteri yang gagal melaksanakan misi diberikan," katanya.
Lawatan Mnangagwa ke Mozambique merupakan sebahagian daripada siri lawatan serantaunya sejak mengambil alih pentadbiran, daripada bekas Presiden Robert Mugabe, yang meletak jawatan pada November lepas berikutan rampasan kuasa tentera.
Siri lawatan itu bermula pada Disember tahun lepas dengan mengunjungi Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma disusuli Angola dan Namibia.
Beliau juga dijangka melawat Zambia lewat minggu ini.
-- BERNAMA-NNN-NEW ZIANA
Bernama
Thu Jan 18 2018

Mnangagwa memberi amaran kepada menteri Zimbabwe dan Mozambique supaya menghapuskan kerenah birokrasi yang sebelum ini menyaksikan banyak program dua hala terbengkalai atau mengambil masa terlalu lama. - Gambar fail

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

WFP tutup pejabat di Afrika Selatan susulan pemotongan dana AS
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan.

Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.

Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.

Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.