ANKARA: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Rabu menandatangani undang-undang membenarkan orang awam menggunakan senjata ketika peperangan.
Undang-undang Memastikan Penyertaan Orang Awam Mempertahankan Ukraine menyelaras "prosedur perolehan dan pemulangan senjata api serta peluru demi melindungi negara ketika peperangan, manakala orang awam tidak akan disabitkan kesalahan berhubung penggunaan senjata api terhadap mereka yang melakukan pencerobohan di Ukraine," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Parlimen Ukraine, Verkhovna Rada.
Selain itu, rakyatnya berpeluang mengambil bahagian menangkis dan menghalang pencerobohan bersenjata oleh Rusia dan/atau negara lain menggunakan senjata persendirian.
SEMUA BERHUBUNG KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Undang-undang itu telah diluluskan di Parlimen pada Khamis lepas, menurut kenyataan itu.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 474 orang awam terbunuh dan 864 yang lain cedera sejak Rusia mula menyerang negara itu pada 24 Februari lepas, dan jumlah sebenar dikhuatiri lebih tinggi.
Sementara itu, lebih 2.1 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran, menurut data terbaharu dikeluarkan Agensi Pelarian PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Undang-undang Memastikan Penyertaan Orang Awam Mempertahankan Ukraine menyelaras "prosedur perolehan dan pemulangan senjata api serta peluru demi melindungi negara ketika peperangan." - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Zelensky gesa sekatan lebih tegas ke atas Rusia ketika serangan udara berterusan
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Sabtu memperbaharui gesaan untuk sekatan yang lebih tegas terhadap Rusia.

UK, Perancis bekerjasama dengan Kyiv rangka pelan damai Ukraine - Starmer
Persetujuan itu dicapai susulan perbincangan antara Starmer, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

"Anda mendapat sokongan penuh UK" - Starmer beritahu Zelensky
Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengesahkan semula sokongan UK terhadap Ukraine semasa perbincangan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di London.

Ukraine, UK tandatangani perjanjian pinjaman untuk pengeluaran senjata di Ukraine
Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine.

Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.

Presiden Ukraine tuduh Putin cuba manipulasi Trump
Putin ingin memanipulasi keinginan Presiden Amerika Syarikat untuk mencapai keamanan, dakwa Zelensky.

Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.

Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."

Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.

Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang
Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan.