Seorang penyerang tunggal menghampiri presiden dan menikamnya dengan pisau, menurut akhbar harian Habari Za Comores.
Kakitangan keselamatan dengan pantas bertindak dan menangkap penyerang, tambahnya.
"Ketua Negara Kesatuan Comoros telah ditikam semasa beliau berada di bandar Salimani Itsandra sempena kematian rakan rapat Mufti Republik. Nyawanya tidak dalam bahaya," menurut akhbar itu.
Motif di sebalik serangan itu masih tidak jelas dan penyerang, yang identitinya belum didedahkan, kini dalam tahanan polis, dan siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA