Mereka yang baru merancang untuk melihat secara dekat haiwan purba yang hanya ditemui di Indonesia, iaitu biawak komodo, mungkin terpaksa menangguhkan sementara hasrat itu.
Agensi berita Antara melaporkan, pemerintah Nusa Tenggara Timur (NTT) bercadang untuk menutup lokasi pelancongan Taman Nasional Komodo selama satu tahun.
Langkah itu diambil sebagai usaha meningkatkan jumlah populasi komodo dan juga rusa yang menjadi makanan utama reptilia besar tersebut.
"Pemerintah NTT akan melakukan kerja baik pulih di kawasan Taman Nasional Komodo agar menjadi lebih baik, seterusnya memastikan habitat komodo bertambah.
“Kami akan menutup Taman Nasional Komodo selama satu tahun," kata Gabenor NTT Viktor Bungtilu Laiskodat yang ditemui media di Kupang, tanpa menyatakan butiran khusus tentang tarikh penutupan bermula.
Tambah Viktor, habitat komodo di Manggarai Barat, sebelah barat Pulau Flores semakin berkurang, selain keadaan fizikal reptilia itu yang kecil kerana kekurangan makanan.
"Saiz tubuh komodo tidak sebesar dulu kerana populasi rusa yang menjadi makanan utamanya berkurangan berikutan kes pencurian rusa di kawasan itu," tegas Viktor.
Tambahnya, kebimbangan yang menyusul adalah sekiranya komodo tersebut menyerang sesama sendiri akibat kekurangan sumber makanan.
“Naluri haiwan akan terserlah apabila rantai makanan komodo berkurangan. Jika makanan utamanya melimpah, maka nalurinya akan berbeza.
"Sebab itulah pihak pemerintah mahu melakukan penataan kawasan komodo dengan menutup sementara kawasan itu dari kunjungan pelancong selama setahun," katanya.
Agensi
Sun Jan 20 2019

Saiz tubuh komodo tidak sebesar dulu kerana populasi rusa yang menjadi makanan utamanya berkurangan. - Wikipedia - Dragon Komodo

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pekerja resort Jurassic Park parah diserang biawak komodo
Seorang pekerja sebuah resort di Indonesia dilaporkan parah selepas diserang oleh seekor biawak Komodo.

Biawak komodo... ingin jenguk perlu bayar AS$1,000?
Pihak berkuasa Indonesia kini menetapkan bayaran yuran sebanyak AS$1,000 bagi pelancong yang ingin melihat dari dekat habitat biawak Komodo di Pulau Komodo.