KUALA LUMPUR: Malaysia dan negara-negara Islam lain perlu meneladani langkah yang diambil kerajaan Republik Ireland untuk menentang kedurjanaan rejim Zionis di Palestin.
Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti memberitahu, republik itu melaksanakan dasar yang menyekat terus sebarang hubungan dan aktiviti dengan negara haram tersebut.
Katanya, apabila kita tidak berupaya melawan kekuatan ketenteraan Israel, polisi kerajaan adalah medium alternatif terbaik untuk memberi tekanan kepada mereka.
“Mereka (Republik Ireland) buat dua benda. Pertama dengan merangka undang-undang pada 2018 dipanggil ‘The Occupied Territories Bill’ untuk boikot, sekat dan lupus atau hentikan apa sahaja hubungan dengan Israel.
“Kedua, Ireland menghantar bantuan terus ke Palestin. Bukan melalui NGO, tetapi kerajaan mereka sendiri menghantar bantuan dalam bentuk jurutera untuk bina loji-loji air serta kepakaran perubatan, tidak hanya memberi suntikan kewangan tetapi membina infrastruktur."
Jika negara-negara Islam, khususnya yang berjiran dengan Palestin belum berbuat demikian, beliau merasakan sudah sampai masanya langkah yang lebih tegas dilaksanakan.
BACA: Usah angan-angan, Israel tidak akan ubah cara mereka - Tun Mahathir
BACA: Putuskan bekalan minyak, Tun Mahathir cadang strategi halus lumpuh Israel
Kenyataan bantahan dan kutukan sahaja tidak memadai, jelas Afifi, sebaliknya, strategi dan perancangan perlu dirangka dan disusun sebaiknya untuk menamatkan penindasan rejim yang dianggap sebagai aparteid ini.
Selain menerusi dasar kerajaan, status quo dan layanan dua darjat atau ‘double-standard’ Barat terhadap isu penjajahan Palestin ini boleh diruntuhkan dengan desakan menerusi pendekatan hak asasi manusia.
Jelas Afifi, Amerika Syarikat sejak belakangan ini dilihat ‘bersungguh’ mempertahankan isu hak asasi manusia yang pelbagai cabangnya, tetapi aneh apabila isu Palestin dibangkitkan, mereka mengunci mulut, tangan dan kaki.
“Human Rights Watch buat pertama kalinya dalam sejarah menerusi laporannya pada April 2021 menyatakan bahawa kerajaan Israel telah melakukan dua jenayah kemanusiaan, iaitu penganiayaan dan aparteid.
“Malah, organisasi hak asasi manusia Israel sendiri, B’Tselem juga hadir dengan konklusi yang sama bahawa Zionis adalah sebuah rejim aparteid.
“Jadi kita boleh gunakan pendekatan ini. Kalau Amerika boleh menyokong gerakan ‘Black Lives Matter’, bagaimana dengan nyawa orang Palestin? Semacam ada kemunafikan di situ,” ujarnya.
Pada masa sama, Afifi bersetuju bahawa negara-negara Islam sendiri perlu mengukuhkan hal ehwal dalaman dan memperkuatkan diri masing-masing sebelum kejayaan dapat dicapai secara kolektif.
Beliau memberi contoh kejayaan Sultan Salahuddin al-Ayyubi menakluk Baitulmaqdis pada tahun 1187, di mana ia mengambil sekitar 100 tahun dari bermulanya Perang Salib pertama untuk empayar Islam mengukuhkan penguasaannya di Timur Tengah sebelum berupaya menakluk kota suci itu.
“Sehingga kita dapat melahirkan satu lagi Sultan Salahuddin, kita perlu kuat dalam polisi domestik, ketenteraan dan polisi luarnya. Barulah kita dapat menyelamatkan Baitulmaqdis,” katanya.
Tonton Dialog Tiga Penjuru: ‘Di Sebalik Senyuman Hamza’ dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Fri May 21 2021
![Polisi anti-Zionis kerajaan Republik Ireland perlu dicontohi - Dr Afifi Polisi anti-Zionis kerajaan Republik Ireland perlu dicontohi - Dr Afifi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621567211_DialogTigaPenjuru.jpg)
Dr Mahathir, Dr Afifi dan Abdul Hadi hadir pada program Dialog Tiga Penjuru: Di Sebalik Senyuman Hamza di Astro AWANI malam tadi.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pembinaan kompleks CIQ baharu di pihak Thailand telah pun disiapkan beberapa tahun lalu.
![Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’ Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736423606_TBDIALOG.jpg)
Titah Adendum: ‘Tahu ke tak tahu?’, Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI malam ini jadi ‘Dialog Tiga Peguam’
Saksikan Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI 8.30 malam ini, Khamis 9 Januari 2025.
![Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702388012_TBWongChinHuat.jpg)
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
![Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688211373_TBMANIMARAN.jpg)
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
![Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605079742_PelajarMaahadTahfi.jpg)
Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.
![Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682850378_MuridSekolah.jpg)
Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.
![Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621137548_GlobalTeacherPrize.jpg)
Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.
![Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671507428_IsraelPalestin.jpg)
Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.
![Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680081727_gaveltukulmahkam.jpg)
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
![Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642578563_TBPrison.jpg)
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
!['Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan' 'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677621799_profwongchinhuat.jpg)
'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.