POLIS menolak kemungkinan kehilangan bintang siri TV "Glee" Naya Rivera ada kaitan dengan cubaan bunuh diri.
Menurut pihak berkuasa dakwaan itu disokong oleh kenyataan anak lelakinya yang ditemui berseorangan di atas bot dekat lokasi kejadian.
Rivera, 33, dilaporkan hilang pada Rabu lepas setelah anak lelakinya yang berusia empat tahun, Josey, ditemui sendirian di atas kapal yang disewa oleh pelakon itu di Tasik Piru dekat Ventura County, California.
Kehilangan pelakon itu membawa kepada misi pencarian selama dua malam.
Menurut polis, sehingga kini pencarian masih lagi diteruskan selepas pihaknya mendengar kenyataan saksi terakhir kejadian tersebut, iaitu anak lelaki Rivera sendiri yang berusia empat tahun.
Biarpun ramai yang menganggap bahawa pelakon itu telah mati, pihak berkuasa masih percaya kehilangannya berlaku secara tidak sengaja.
Pegawai Sarjan Sheriff Ventura County, Kevin Donoghue memberitahu wartawan People bahawa kenyataan anak pelakon itu, Josey, tidak membawa sebarang bukti yang menunjukkan pelakon itu mengambil nyawanya sendiri.
“Kami telah menyoal selidik anak lelakinya dan tiada sebarang bukti yang membawa kepada motif bunuh diri.
“Apa yang kami dapati setakat ini adalah pelakon itu mungkin diseret oleh pusaran air dan ia masih misteri,” katanya sambil menyatakan misi pencarian tetap terus dijalankan.
Naya Rivera mungkin diseret ke dalam pusaran air
Malah, di dalam laporan kenyataan Josey juga turut menyatakan bahawa dia yakin ibunya itu berada di dalam tasik.
Difahamkan, Tasik Piru pernah mencatatkan beberapa kejadian kematian sejak 40 tahun dahulu.
Sejumlah 23 mangsa dilaporkan maut di tasik itu sekitar tahun 1977 hingga 2000.
Afiq Ariffin
Sun Jul 12 2020
Polis menolak kemungkinan Naya Rivera cuba membunuh diri. -Instagram
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
Keuntungan jadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan - MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain.
GRAB Malaysia buka peluang kepada OKU, wanita
Grab Malaysia kekal komited dalam memupuk keterangkuman, pemerkasaan ekonomi dan kemampanan, dengan memberi tumpuan kepada membuka peluang-peluang untuk direbut Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita dalam ekonomi gig.
Minyak Brent diunjur turun kepada USD77 setong pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 kepada US$77 setong daripada USD80 setong dan USD74 setong pada 2026 susulan unjuran permintaan yang lebih lemah pada 2025, terutamanya pada separuh pertama tahun ini.
Malaysia-India perkukuh perdagangan digital dua negara
Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) dirasmikan bagi menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.
Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.
Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap Xin Yuan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang mayatnya ditemukan alam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.