BANGKOK: Polis Thailand menahan lebih 60,000 individu dalam tindakan membanteras senjata api dan dadah di seluruh negara menjelang mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok.
Operasi bermula pada 10 Okt dan berakhir pada Selasa menjelang Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di Bangkok dari 18 hingga 19 November.
Ketua Polis Negara Jen Pol Damrongsak Kittiprapat berkata polis menahan 10,450 individu dan antara lain merampas 5,345 senjata api haram, 936 senjata api berlesen, 4,342 bahan letupan dan 37,045 butir peluru pelbagai kaliber.
Beliau berkata lebih 43,027 individu ditahan atas pertuduhan dadah manakala 9,255 suspek yang dikehendaki turut ditahan.
"Operasi besar-besaran itu adalah antara langkah berjaga-jaga bagi meningkatkan keselamatan menjelang mesyuarat APEC dalam usaha meningkatkan keyakinan awam dan masyarakat antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Thailand selaku pengerusi APEC tahun ini akan menyambut ketibaan pemimpin dan wakil dari 21 ekonomi.
Presiden China Xi Jinping dan Naib Presiden AS Kamala Harris dijangka menghadiri sidang kemuncak itu.
Selain itu, pemimpin tiga negara bukan ahli juga telah mengesahkan kehadiran masing-masing.
Mereka ialah Putera Mahkota Arab Saudi dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen sebagai ppengerusi semasa ASEAN, dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Polis menahan 10,450 individu dan antara lain merampas 5,345 senjata api haram, 936 senjata api berlesen, 4,342 bahan letupan dan 37,045 butir peluru pelbagai kaliber. - Gambar hiasan/BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Polis Thailand tahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam letupan di Yala
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada malam semalam berhampiran flat polis Bannan Sata.
PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.
Dua rakyat Malaysia antara sembilan ditahan dalam pesta dadah di Bangkok
Polis Thailand melakukan serbuan ke atas sebuah kediaman mewah selepas menerima aduan daripada penduduk.
Kerjasama Polis Kelantan-Thailand banteras kegiatan penyeludupan
Polis Kelantan akan terus bekerjasama dan berhubung rapat dengan pihak polis Thailand khususnya dalam usaha mempertingkatkan kawalan sempadan.
KPN hargai kenyataan polis Thailand berhubung kemasukan syabu, pil yaba ke Malaysia
Kenyataan daripada pihak polis Thailand tersebut akan memudahkan lagi usaha PDRM memerangi dadah sintetik di dalam negara.
Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.
Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.
Polis Thailand kenal pasti dalang insiden landasan kereta api dibom
Pasukan keselamatan mempergiat memeriksa rakaman CCTV di semua pintu masuk ke tempat kejadian untuk menjejaki kumpulan yang terlibat.
PDRM serah 3 suspek sindiket pemerdagangan manusia kepada polis Thailand
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).