BANGKOK: Polis Thailand menyerbu pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian terbesar dan menahan 63 individu selepas beberapa siri operasi di Nakhon Si Thammarat, wilayah selatan Thailand pada Khamis.
Pembantu Komander Polis Lt Jen Polis Thatchai Pitaneelaboot yang ditugaskan untuk menggabungkan beberapa agensi dalam operasi bersepadu ini berkata menerusi siasatan proaktif yang dilaksanakan polis dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Nasional (NBTC) dan Jabatan Siasatan Khas (DSI) membongkar pergerakan kumpulan pusat panggilan di wilayah itu.
Beliau berkata lokasi pertama pergerakan itu ialah di sebuah hotel di Daerah Kecil Chandi, Daerah Chawang, Nakhon Si Thammarat dan dua lagi lokasi adalah rumah-rumah di Daerah Chawang.
“Siasatan diluaskan ke sebuah gudang menjual barangan Jepun terpakai di Daerah Na Bon, Nakhon Si Thammarat di mana suspek dan lebih banyak bahan bukti ditemukan.
Penyiasatan itu juga mendapati terdapat hubungan bahawa tempat itu digunakan sebagai pangkalan untuk sebuah sindiket panggilan antarabangsa. Hasilnya 63 suspek diberkas dengan 12 daripadanya adalah rakyat Thailand dan 51 lagi warganegara dari negara lain,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polis juga menyita barangan termasuk 223 komputer, telefon bimbit, 1,300 kad SIM keldai, 312 penghala dan 80 buku akaun bank.
Thatchai berkata siasatan awal mendapati kewujudan sindiket jenayah transnasional ini yang telah bertapak di wilayah selatan itu.
“Kumpulan ini dianggap sebuah organisasi jenayah berskala besar. Pada masa ini atase polis China dan Jepun turut serta menyiasat kegiatan organisasi jenayah ini,” katanya.
Nakhon Si Tammarat terletak kira-kira 610km ke selatan Bangkok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024

Siasatan awal mendapati kewujudan sindiket jenayah transnasional ini yang telah bertapak di wilayah selatan itu. - Gambar hiasan
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Perintah Kawalan Pergerakan: Perkhidmatan Talian Kasih 15999 beroperasi semula - Rina Harun
Datuk Seri Rina Harun berkata Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019 2615999 akan terus beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Pusat panggilan judi dalam talian libatkan pertaruhan lebih RM3 juta lumpuh
Polis berjaya menahan 21 lelaki dan empat wanita warganegara China berusia dalam lingkungan 20 dan 40 tahun.