BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia diberkas oleh polis Thailand selepas dipercayai terbabit menyeludup dadah dalam peket mi segera di sini semalam (Khamis).
Pegawai penyiasat daripada Biro Polis Metropolitan Bangkok Pol. Mejar Char-khorn Premruedeelert berkata lelaki berusia 34 tahun itu diberkas di sebuah kondominium di Bang Na, timur Bangkok.
"Ketika diserbu, suspek sedang membungkus semula dadah jenis methamphetamine dalam peket perencah mi segera," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurutnya tangkapan tersebut dibuat selepas intipan selama hampir dua bulan hasil maklumat awam.
Menurutnya hasil siasatan awal, suspek mengaku menerima satu kilogram methamphetamine daripada seorang penduduk tempatan sebelum membungkusnya dalam peket perencah mi segera seberat 10 gram.
Beliau berkata peket mi segera itu kemudian dihantar kepada pelanggan di kawasan berdekatan dan suspek telah berbuat demikian sebanyak empat kali dengan bayaran 30,000 baht (kira-kira RM4,040) untuk setiap tugasan.
"Pemeriksaan di unit kondominium itu menemukan kira-kira 200 peket mi segera, alat penimbang serta peranti pengedap.
"Siasatan awal turut mendapati lelaki ini bekerja untuk seorang dalang, juga rakyat Malaysia yang berpangkalan di Malaysia," katanya.
Menurutnya suspek akan didakwa kerana memiliki dadah serta tinggal lebih masa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
Polis berkata lelaki berusia 34 tahun itu diberkas di sebuah kondominium di Bang Na, timur Bangkok.
Musim tengkujuh: Tempoh getir nelayan pesisir pantai, ombak besar, laut bergelora
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh disifatkan sebagai tempoh getir buat pada nelayan psisir pantai yang hanya menggunakan bot gentian kaca bagi meraih hasil pendapatan.
Lapan anggota polis didakwa salah guna dadah
Lapan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana penyalahgunaan dadah.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung sesi keterangan berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Malaysia akan pertahankan prinsip pemusatan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan bekerja tanpa jemu untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN, memastikan semua suara didengari serta mengutamakan keputusan kolektif.
Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global
Beliau juga berkata bahawa tanggungjawab tersebut disebabkan oleh evolusi ASEAN kepada rantau berjumlah 671 juta orang, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.8 trilion, menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia.
Hubungan baik dua negara dorong kerjasama Darphane, Ultimate Print
Ketua Pengarah Darphane, Abdullah Yasir Sahin berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh hubungan sedia ada.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang - Dr Dzulkefly
Pada 16 Dis 2021, KKM dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025.
GISB: Jakim bertindak ikut ruang lingkup fungsi dan peranan
Jakim sentiasa jalankan kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.
Petrol bersubsidi Malaysia masih dijual berleluasa di Thailand
Kegiatan menjual petrol bersubsidi yang dipercayai diseludup dari Malaysia masih berleluasa di sekitar pekan Danok dan bandar Sadao, meskipun dikatakan tidak 'serancak' sebelum ini.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Lelaki warga Malaysia yang hilang, sah telah tinggalkan Thailand, ibu mahu jawapan
Tan, yang kali terakhir bercakap dengan anaknya pada 5 Sept, berkata anaknya telah menghubunginya, meminta bantuan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Insiden Tak Bai: Lapan lagi bekas anggota keselamatan Thai didakwa
Pihak berkuasa Thailand akan mendakwa lapan lagi bekas anggota keselamatan berhubung peranan mereka dalam insiden Tak Bai, 20 tahun lalu.