NARATHIWAT: Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis 'ice' atau kristal methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht di Narathiwat, selatan Thailand.
Ketua Polis Narathiwat Mej Jen Anuruth Imarb berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang (waktu tempatan) pada 18 Mei, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai "runner" dan anggota sindiket pengedaran dadah.
"Polis menahan sebuah pikap yang mencurigakan pada sekatan jalan raya dan menemukan dadah jenis kristal methamphetamine seberat 925 kilogram tersembunyi dalam kenderaan itu.
"Pemandu pikap itu ditahan. Siasatan awal, lelaki itu mendapatkan stok dadah di Bangkok sebelum menghantar ke Tak Bai di Narathiwat dengan upah 400,000 baht.
"Dadah itu dipercayai akan diseludup ke Malaysia," katanya pada satu sidang media di sini.
Anuruth berkata polis turut merampas tiga buah kereta, lima buah motosikal dan barangan kemas serta menyita sebuah rumah dan akaun bank milik sindiket itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Anuruth berkata polis turut merampas tiga buah kereta, lima buah motosikal dan barangan kemas serta menyita sebuah rumah dan akaun bank milik sindiket itu. - Gambar hiasan/Freepik

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Polis tumpas sindiket dadah beroperasi di kedai runcit
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sebuah kedai runcit dalam serbuan di kawasan Taman Universiti, Johor Bahru.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

Polis tumpas sindiket edar dadah guna peket minuman segera
Operasi melibatkan tujuh serbuan berasingan termasuk sebuah rumah teres dan tiga kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah.

Polis rampas dadah RM3.68 juta, dua ahli sindiket ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta merampas dadah bernilai RM3.68 juta dalam operasi khas di daerah ini minggu lepas.

Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.

Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.

Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Polis rampas dadah bernilai hampir RM3 juta, enam ditahan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3 juta dalam beberapa serbuan di Butterworth dan di sini

Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan
Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan