JAKARTA:Polis Jakarta menembak mati enam pengikut Habib Rizieq Shihab, pemimpin dan pengasas Barisan Pembela Islam (FPI), dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Tol Jakarta-Cikampek Kilometer 50, di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Metro Jaya (polis Jakarta) Fadil Imran seperti dipetik agensi berita Antara, berkata dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, kenderaan polis dihimpit sebelum diserang dan ditembak oleh sekumpulan pengikut pemimpin berkenaan.
"Terdapat 10 orang yang melakukan serangan, polis membalas tembakan, enam terbunuh manakala empat lagi melarikan diri," katanya.
Bagaimanapun, peguam FPI, Sugito Atmo Prawiro seperti dipetik media tempatan, mendakwa mereka yang terbunuh itu diserang dan ditembak, bukan sebaliknya.
Pemimpin FPI itu mencetuskan pelbagai kontroversi sejak pulang ke Indonesia dari Arab Saudi pada 10 Nov lalu.
Di sebalik wabak COVID-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda di republik itu, kerajaan ternyata tidak setuju dengan acara yang dihadiri ribuan pengikut ulama tersohor Indonesia itu dalam acara menyambut kepulangannya seperti seorang wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini.
Selain itu, pengikut FPI didakwa melanggar protokol kesihatan wabak COVID-19 apabila menganjurkan acara keramaian seperti majlis sambutan Maulud Nabi dan melangsungkan acara pernikahan anak perempuan ulama itu.
Di samping itu, banyak pihak termasuk pemimpin politik, pihak keselamatan, netizen malah ulama tersohor Indonesia kurang senang dengan pemimpin FPI itu yang didakwa sering menghina dan memaki-hamun dalam siri ceramahnya terhadap mereka yang tidak sependapat dengannya.
Rizieq Shihab, 55, pulang ke Indonesia selepas lebih tiga tahun berada di Arab Saudi itu, sebelum ini dikaitkan dengan beberapa dakwaan menghina pemimpin Indonesia.
Sejak minggu lepas, pihak polis turut dihalang ribuan pengikut pemimpin FPI itu di rumahnya di Petamburan, Jakarta bagi membawanya ke ibu pejabat polis Jakarta untuk disoal siasat berkaitan perhimpunan besar-besar melibatkannya, yang tidak mematuhi protokol kesihatan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020

Sejak minggu lepas, pihak polis turut dihalang ribuan pengikut pemimpin FPI itu di rumahnya di Petamburan, Jakarta. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis Jakarta tembak mati enam pengikut Habib Rizieq Shihab
Polis Jakarta menembak mati enam pengikut Habib Rizieq Shihab, pemimpin dan pengasas Barisan Pembela Islam (FPI), dalam kejadian berbalas tembakan.

Pemandu Lamborghini acu pistol kepada dua pelajar gara-gara sindiran 'Ini mesti kereta bos kau!'
Dua pelajar itu yang tidak berpuas hati dengan keangkuhan pemandu tersebut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.