Perdana Menteri Tunisia Hamadi Jebali umum akan membubarkan kerajaan yang diteraju parti Islam dan akan membentuk pentadbiran perpaduan kebangsaan.
Kerajaan teknokrat hanya bersifat sementara sebelum pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat.
Langkah berkenaan dibuat susulan kemelut terbaru di negara Afrika Utara itu, selepas salah seorang pengkritik utama parti Islam Ennahda dibunuh.
Chokri Belaid ditembak ketika meninggalkan kediamannya pada Rabu.
Menurut laporan, pemimpin berusia 47 tahun meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di salah sebuat pusat perubatan di Tunis.
Dia yang meneraju parti barisan hadapan menjadi sekutu kepada perikatan kumpulan kiri. Motif pembunuhan masih belum jelas.
Pembunuhan tersebut kemudian mencetuskan pertempuran antara penyokongnya dan pasukan keselamatan di tengah ibu kota yang mendakwa kerajaan terbabit dengan kejadian berkenaan.
Perkembangan itu dijangka akan membantutkan usaha Tunisia yang sedang berhempas pulas memulihkan semula kestabilan dan memperbaiki ekonominya.
Astro Awani
Wed Feb 06 2013
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Beri amaran terhadap keganasan
Tokoh politik sayap kiri Perancis, Jean-Luc Melenchon memberi amaran, keganasan di rantau itu boleh menjadi permulaan kepada kebangkitan rakyat di Mediterannean.
PM Tunisia akan bubarkan kerajaan
PM Tunisia Hamadi Jebali umum akan membubarkan kerajaan yang diteraju parti Islam dan akan membentuk pentadbiran perpaduan kebangsaan.