BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata, beliau telah meminta empat pemberi pinjaman kewangan terbesar negara itu untuk menurunkan kadar faedah bagi membantu perniagaan kecil dan ekonomi.

"Kumpulan terdedah seperti PKS (perusahaan kecil dan sederhana) mempunyai masalah dengan kadar faedah yang tinggi... saya meminta empat (institusi kewangan) untuk mempertimbangkan kadar faedah (yang lebih rendah)," kata Stretta kepada pemberita pada Selasa, sambil menambah institusi kewangan negara itu kini
berada di kedudukan yang kukuh.

Empat bank terbesar Thailand ialah Bangkok Bank, Kasikornbank, Krungthaibank dan SCBX. - Reuters