Kontroversi berkaitan jam tangan mewah yang dipakai Timbalan Perdana Menteri Jeneral Prawit Wongsuwan adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan sendiri antara beliau dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC).
Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha berkata tiada siapa yang cuba melindungi Prawit dalam isu itu.
"Perkara itu adalah urusan peribadi Jeneral Prawit dengan NACC. Beliau uruslah sendiri. Tiada siapa yang cuba melindunginya," kata Prayut kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini pada Selasa.
Prayut berdepan dengan tekanan hebat daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan supaya beliau mengambil tindakan terhadap timbalannya, yang dilihat memakai seutas jam tangan mewah dan cincin berlian semasa sesi fotografi anggota Kabinet baharu Thailand baru-baru ini.
Prawit tidak mengisytiharkan kedua-dua barangan mewah itu kepada NACC semasa beliau mengangkat sumpah jawatan pada 2014.
Semalam, setiausaha agung Persatuan Perlindungan Perlembagaan Thailand Srisuwan Janya menggesa perdana menteri menggunakan Perkara 44 untuk menggantung sementara Prawit daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan sehingga isu berkenaan selesai disiasat.
Prawit berkata beliau akan memberi penjelasan berhubung isu jam tangan dan cincin berlian itu dalam tempoh terdekat.
Netizen dan pemerhati di Thailand mengagak jam tangan mewah yang menimbulkan kontroversi itu berjenama Richard Mille dan bernilai antara 4 dan 10 juta Baht (kira-kira RM506,000 hingga RM1.3 juta).
Sementara itu, Prayut, yang juga mengetuai Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO), berkata kerajaan pada mulanya bersetuju menggunakan Perkara 44 bagi memberi lebih banyak masa kepada parti politik mengemas kini keanggota masing-masing di bawah undang-undang berkaitan aktiviti politik yang baru diluluskan.
Undang-udang berkenaan, yang berkuat kuasa mulai Oktober lepas, akan tamat tempoh awal tahun depan.
"Mesyuarat NCPO bersetuju menggunakan Perkara 44 untuk menyelesaikan masalah itu, melanjutkan tempoh agar rakyat, parti politik baharu dan lama mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti seperti mengemaskinikan keanggotaan dan urusan lain," kata Prayut.
Sejak mengambil alih pentadbiran melalui rampasan kuasa pada 2014, kerajaan pimpinan tentera itu menggantung semua aktiviti politik di negara ini hingga mencetuskan kritikan meluas, termasuk daripada masyarakat antarabangsa.
Kerajaan tentera berjanji akan menarik balik larangan itu dan mengadakan pilihan raya umum yang dinanti-nantikan pelbagai pihak pada tahun depan bagi membawa kembali Thailand kepada pemerintahan demokrasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2017
Prawit dilihat memakai seutas jam tangan mewah dan cincin berlian semasa sesi fotografi anggota Kabinet baharu Thailand baru-baru ini.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.