BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha menggesa pihak berkuasa kesihatan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh satu hingga dua bulan, memandangkan peningkatan kes di empat wilayah selatan.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata kes COVID-19 di empat wilayah - Songkhla, Narathiwat, Yala dan Pattani - terus meningkat.
Dalam 24 jam lepas, Songkhla mencatatkan 666 kes baharu, Narathiwat (501), Yala (446) dan Pattani (309).
Beliau berkata perdana menteri telah mengarahkan pihak berkuasa kesihatan untuk mengurangkan jumlah pesakit baharu sebanyak 10 peratus setiap minggu.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr. Kiattiphum Wongrajit turut diarahkan melawat ke empat wilayah selatan bagi memantau keadaan di sana.
"Kementerian Kesihatan Awam telah menghantar ubat-ubatan dan bekalan perubatan ke empat wilayah berkenaan. Ini termasuk satu juta pil Favipiravir, 20,000 Antigen Test Kit (ATK), 100 alat bantuan oksigen, 25,000 dos vaksin AstraZeneca dan 100,000 dos Pfizer-BioNTech.
"Perdana menteri juga mengarahkan agensi-agensi berkaitan untuk memantau situasi COVID-19 dengan teliti, dan meminta masyarakat setempat agar berhati-hati dan sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19," katanya.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan akan mengedarkan 250,000 ATK kepada pekerja di pasar, sektor makanan dan minuman serta khidmat penghantaran makanan di seluruh negara untuk membendung penyebaran COVID-19.
Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Dr. Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata, ATK percuma akan diedarkan kepada pekerja di ladang/pasar, restoran, gerai makanan serta petugas penghantaran makanan yang belum menerima vaksin COVID-19.
"Dengan pelonggaran sekatan dan pembukaan semula perniagaan, pekerja di sektor makanan dan minuman harus mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk mencegah penyebaran COVID-19," katanya.
Dianggarkan sekitar 157,452 ATK akan diedarkan kepada pekerja di pasar, 68,596 (pekerja restoran), 18,876 (gerai makanan) dan 5,076 (penghantar makanan).
Sejak panjang 24 jam lepas, Thailand mencatat 9,866 kes baharu COVID019 dan 102 kematian.
Secara keseluruhan jumlah kes negara itu sebanyak 1,667,097 dan korban seramai 17,305.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Dalam 24 jam lepas, Songkhla mencatatkan 666 kes baharu, Narathiwat (501), Yala (446) dan Pattani (309). - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Tonight: Tupperware Brands set to file for bankruptcy
Tupperware Brands is preparing to file for bankruptcy after a year-long effort to revive the business, as it faces mounting debt and a sharp decline in demand for its once iconic plastic containers.
AWANI Tonight: Should M'sia implement stricter controls for children on social media?
Dr Benjamin Loh from Taylor's University shares his insights about the necessity for setting a minimum age limit for children to use social media in Malaysia.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Thailand ke-31 Paetongtarn
Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand ke-31 Paetongtarn Shinawatra, menerusi panggilan telefon susulan upacara mengangkat sumpah jawatan itu pada 6 Sept.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Thailand perkenan kabinet baharu PM Paetongtarn
Baginda melantik 35 menteri kabinet yang dipilih oleh Paetongtarn, termasuk enam timbalan perdana menteri serta menteri lain, selepas diperkenan sebagai perdana menteri baharu.
Thailand siap siaga hadapi hujan lebat bermula esok
Thailand bersiap siaga menghadapi hujan lebat dalam beberapa hari akan datang, dengan 44 wilayah berisiko dilanda banjir kilat, limpahan air dan ombak kuat.
Imigresen selamatkan enam wanita warga asing jadi mangsa eksploitasi seks
Mangsa dijanjikan peluang pekerjaan yang sah, namun telah dieksploitasi sebagai pekerja seks sebaik tiba di negara ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
5 warga China maut dalam nahas pesawat di Thailand
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas pesawat itu terhempas di hutan paya bakau sekitar 3.10 petang waktu tempatan.
Pengasas MBI Tedy Teow diekstradisi dari Thailand ke China
Pengasas Kumpulan MBI itu dilaporkan telah dihantar pulang dari Penjara Tahanan Bangkok dengan menaiki pesawat ke China pada hari Selasa.