BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha menjalani kuarantin di rumah selama seminggu selepas menjadi kontak rapat seorang ahli perniagaan yang disahkan positif selepas menjalani ujian saringan COVID-19.
Prayuth menjadi kontak rapat dengan Ketua Dewan Perdagangan Surin, Veerasak Pisanuwong, yang berswafoto dengan perdana menteri itu ketika upacara pembukaan semula Phuket 1 Julai lalu.
Veerasak kemudian melalui hantaran di Facebook menasihati mereka yang menjadi kontak rapatnya menjalani kuarantin kendiri.
Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Prayuth yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 AstraZeneca didapati negatif pagi ini.
"Perdana menteri akan menjalankan tugasnya seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand melaporkan 6,166 kes baharu COVID-19 dan 50 kematian.Secara keseluruhan Thailand setakat ini mencatatkan 289,233 kes dan korban seramai 2,276.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata daripada kes baharu itu 6,154 adalah jangkitan tempatan termasuk 2,109 melalui pengesanan kes aktif dan 12 kes import.
Beliau berkata Bangkok yang menjadi pusat penularan wabak melaporkan 1,729 kes baharu, diikuti Samut Prakan (411), Samut Sakhon (389), Pathum Thani (352) dan Songkhla (318).
Mengenai kes kematian pula ia melibatkan 34 lelaki dan 16 wanita berusia antara 28 hingga 91 tahun termasuk di Bangkok seramai 17, Nonthaburi (sembilan), Samut Prakan (enam) dan Chachoengsao (tiga).
Di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19, pihak berkuasa mempergiat usaha mendirikan lebih banyak hospital medan serta menambah lebih banyak katil hospital.
Pengarah Bahagian Berita, Jabatan Penerangan Kementerian Luar, Pensom Lertsithichai berkata, lebih 90 peratus katil hospital di Bangkok sudah digunakan.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Awam menambah 1,500 lagi katil di hospital medan Bussarakham, di Impact Nonthaburi Muang Thong Thani.
Beliau berkata lebih 30 wilayah akan menerima pesakit COVID-19 yang bekerja di Bangkok bagi mengatasi masalah kekurangan katil, selain pesakit balik ke kampung halaman masing-masing untuk menerima rawatan di bawah inisiatif "No One Left Behind".
"CCSA turut mengarahkan Bangkok Metropolitan Authority (BMA) membuka 20 lagi pusat pengasingan untuk menampung pesakit COVID-19 yang sedang menunggu untuk dimasukkan ke wad," katanya.
Di Pattani, selatan Thailand, pihak berkuasa kesihatan akan membuka 15 hospital medan baharu di 12 daerah untuk menampung peningkatan jumlah pesakit COVID-19.
Dr Rusta Salaeh, yang bertanggungjawab mengawal selia hospital medan berkenaan berkata hospital itu mampu menampung sekitar 100 pesakit.
"Hospital medan itu dijadual dibuka dalam satu atau dua minggu lagi," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021
Prayuth yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 AstraZeneca didapati negatif pagi ini. - Foto Reuters
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.