BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi pada Jumaat.
Menurut Kementerian Luar, Srettha yang juga Menteri Kewangan akan menggunakan peluang ini untuk membina kepercayaan, meningkatkan keyakinan serta mempromosi potensi ekonomi Thailand kepada GCC.
"Dengan dana kekayaan berdaulat yang ditubuhkan oleh Ahli GCC bernilai lebih US$4 trilion, Thailand boleh menarik pelaburan dalam bidang kepentingan bersama seperti tenaga bersih, makanan dan pertanian, pelancongan, kesihatan awam dan pembangunan infrastruktur," katanya.
Sidang kemuncak itu akan membincangkan hala tuju masa depan hubungan ASEAN-GCC.
GCC yang dianggotai enam negara - Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu - mula menjalin hubungan dengan ASEAN pada 1990.
Kementerian Luar berkata penyertaan Srettha pada sidang kemuncak itu akan menunjukkan komitmen Thailand untuk mengukuhkan hubungan dengan GCC.
"Sidang kemuncak itu akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat dan sektor swasta kedua-dua wilayah, serta menggalakkan pertukaran dan lawatan, terutama dalam pelancongan perubatan.
Thailand merupakan destinasi pilihan utama hampir 300,000 pelancong GCC pada tahun 2022.
Sementara itu, Jurucakap Kerajaan, Chai Wacharonke berkata pertemuan antara pemimpin ASEAN dan GCC akan membincangkan usaha untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan pelancongan, serta hubungan rakyat antara kedua-dua wilayah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Srettha yang juga Menteri Kewangan akan menggunakan peluang ini untuk membina kepercayaan, meningkatkan keyakinan serta mempromosi potensi ekonomi Thailand kepada GCC. - Gambar fail/Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.

PM Thailand akan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi pada Jumaat.

Kerajaan Perpaduan punyai idea, misi kembang potensi ekonomi di Terengganu - TPM Zahid
Kerajaan Perpaduan mempunyai idea, misi dan visi yang jelas untuk terus mengembangkan potensi ekonomi di Terengganu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.