Hasina berada di dalam pesawat Tentera Udara Bangladesh yang mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran ibu negara New Delhi, lapor Agensi Anadolu memetik saluran berita India Today.
Terdahulu, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara.
Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo.
- BERNAMA