PAKAR kesihatan memberi amaran bakal wujudnya kluster baharu jangkitan COVID-19 berikutan pelaksanaan Pilihan Raya Kepala Daerah (PILKADA) di Indonesia kali ini.
Eksekutif Penyelidikan KRA Group, Hafiz Noer berkata, biarpun protokol kesihatan yang ketat perlu dipraktikkan, pakar kesihatan bimbang kemunculan kluster baharu berikutan perhimpunan beramai-ramai bakal berulang pada PILKADA ini.
“Pakar kesihatan melihat terdapat potensi wujudnya kluster baharu di semua daerah yang melaksanakan PILKADA serentak ini.
“Kami melihat terdapat banyak kluster yang muncul seperti kluster sekolah dan kluster perhimpunan pemimpin Front Pembela Islam (FPI) Rizieq Shihab.
“Jadi, ada kemungkinan kerana apabila terdapat perhimpunan besar, penyebaran wabak itu tidak dapat dielakkan. Kluster baharu akan terbentuk dalam minggu mendatan,” kata Hafiz dalam dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.
Beliau berkata, kerajaan Indonesia tidak boleh membandingkan pelaksanaan pilihan raya di republik itu dengan negara-negara lain yang pernah menjalani proses demokrasi tatkala pandemik COVID-19.
“Sebagai contoh di Singapura dan Korea Selatan, saya kira ia tidak dibandingkan kerana mereka mempunyai kemudahan kesihatan yang lebih baik berbanding Indonesia dan kes COVID-19 di Indonesia tinggi-tinggi belaka.
“Biarpun begitu, Bawaslu (Badan Pengawas Pemilihan Umum) dan KPU (Komisi Pemilihan Umum) sudah menyiapkan protokol kesihatan untuk mencegah penyebaran wabak COVID-19 dengan menyediakan pensanitasi tangan dan pelitup muka secara percuma kepada rakyat.
“Walaupun terdapat pemberian ujian rapid COVID-19 kepada petugas di lapangan, ia dipersoalkan keabsahannya kerana ia lebih murah (berbanding ujian kit lain),” katanya.
PILKADA 2020 yang berlangsung di Indonesia hari ini melibatkan lebih 100 juta pengundi yang layak mengundi dilihat merupakan yang terbesar dalam sejarah.
PILKADA serentak tersebut diadakan di sembilan wilayah, 37 kota dan 224 daerah bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari dan dilakukan dalam lima waktu berbeza bagi mengelak pengundi datang serentak.
Isabelle Leong
Wed Dec 09 2020
PILKADA 2020 yang berlangsung di Indonesia hari ini melibatkan lebih 100 juta pengundi yang layak mengundi dilihat merupakan yang terbesar dalam sejarah. - Gambar AP
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
PILKADA 2020: Pakar kesihatan beri amaran wujud kluster baharu COVID-19
Biarpun protokol kesihatan yang ketat perlu dipraktikkan, pakar kesihatan bimbang kemunculan kluster baharu berikutan perhimpunan beramai-ramai bakal berulang pada PILKADA ini.