Pilihanraya umum Thailand pada 2 Februari ini akan diteruskan sebagaimana dirancang.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri sementara Thailand Yingluck Shinawatra.

Keputusan dicapai di sebalik ancaman keganasan susulan protes mega berpanjangan di ibu kota Bangkok.


Dalam pada itu penganalisa politik melihat lebih lama krisis di Bangkok berlarutan ia tidak baik kepada landskap ekonomi dan social Thailand secara keseluruhannya.

Chris Baker berkata pada masa ini, tahap kesabaran dan emosi rakyat sudah menipis sekali gus mendorong tindakan luar jangka berlaku pada bila-bila masa.