Beberapa jam selepas Mahkamah Agung Kemboja membubarkan parti pembangkang, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), pada Khamis, Perdana Menteri Samdech Hun Sen mengisytiharkan bahawa pilihan raya umum 2018 akan berlangsung seperti yang dirancang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Semasa bersiaran menerusi saluran televisyen rasmi, Perdana Menteri Kemboja itu meminta agar rakyat bertenang selepas CNRP dibubarkan dan berkata pilihan raya 2018 akan diadakan seperti biasa.
Anggota parti pembangkang yang tidak diharamkan daripada aktiviti politik boleh menubuhkan sebuah parti baharu, kata beliau.
Mahkamah Agung Kemboja telah memerintahkan agar CNRP dibubarkan selepas membenarkan saman oleh Kementerian Dalam Negeri.
Keputusan mahkamah itu turut melarang 118 pegawai kanan parti tersebut terlibat dalam aktiviti politik selama lima tahun bermula dari tarikh perintah dikeluarkan.
Mahkamah Agung merupakan mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Kemboja, dan apabila ia membuat keputusan, tidak ada ruang lain untuk mengemukakan rayuan.
Kementerian Dalam Negeri mendakwa CNRP telah melanggar Undang-Undang Parti Politik yang dipinda dengan serius dan parti itu bersubahat dengan orang asing untuk menjatuhkan kerajaan.
Pemimpin CNRP, Kem Sokha, ditahan pada 3 Sept atas pertuduhan menderhaka manakala lebih separuh daripada pemimpin lain parti itu telah meninggalkan Kemboja.
Pemilihan Senat Kemboja dijadualkan berlangsung pada 25 Feb 2018.
Ditubuhkan pada 1999, Senat mempunyai 61 kerusi namun hanya 57 senator akan dipilih manakala dua lagi dilantik oleh Raja Norodom Sihamoni, dan bakinya oleh Dewan Rakyat.
Pada pilihan raya umum lepas yang berlangsung dalam bulan Januari 2012, parti pemerintah Hun Sen iaitu Parti Rakyat Kemboja memenangi 46 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017
Pada pilihan raya umum lepas yang berlangsung dalam bulan Januari 2012, parti pemerintah Hun Sen (gambar) iaitu Parti Rakyat Kemboja memenangi 46 kerusi. - Gambar fail
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Tampil kurus, Dafi nafi buat pembedahan bariatrik
Tampil dengan tubuh yang semakin kurus, pelakon dan penyanyi Dafi menafikan dirinya membuat pembedahan bariatrik atau potong usus.
Pasukan perubatan peribadi Agong rawat dua mangsa kemalangan motosikal
Pasukan perubatan peribadi Yang di-Pertuan Agong memberikan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan.
Bom tinggalan perang seberat 340kg ditemukan di Kemboja
Bom M117 itu dengan berat keseluruhan kira-kira 340 kilogram ditemukan di kawasan sawah padi di daerah Kandal Steung.
Kemboja lancar kad e-Ketibaan untuk penumpang penerbangan bulan depan - PM
Kad e-Ketibaan digital ini akan menggantikan borang kertas untuk pengisytiharan imigresen, kesihatan dan kastam.
Perdagangan Kemboja dengan ASEAN meningkat 11.6 peratus separuh pertama 2024
Kerajaan Kemboja mengeksport produk bernilai AS$2.68 bilion ke negara ASEAN lain dalam tempoh Januari-Jun tahun ini.
Kemboja catat peningkatan mangsa periuk api, sisa letupan perang
Kemboja merekodkan 35 kematian akibat periuk api dan sisa letupan perang (ERW) pada separuh pertama 2024, meningkat hampir 67 peratus berbanding 21 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Singapura, Kemboja catat kes tibi lebih rendah
Kumpulan umur yang lebih tua dan lelaki terus membentuk sebahagian besar kes tibi aktif baharu di Singapura.
AirAsia Cambodia mula operasi 2 Mei depan, sasar 85 peratus faktor muatan
AirAsia Cambodia mahu terus merangsang industri penerbangan dan pelancongan Kemboja selaras dengan strategi pengembangan ASEAN.
NCCIM cadang penubuhan zon pelaburan industri pertumbuhan tinggi, teknologi tinggi Kemboja-Malaysia
Penubuhan zon pelaburan khas Kemboja-Malaysia boleh memberi peluang untuk Malaysia meningkatkan pelaburan di Kemboja.
Malaysia, Kemboja akan nilai kemajuan kerjasama bilateral menerusi JCBC
Perdana Menteri memaklumkan, Menteri Luar kedua-dua negara telah diarah untuk menetapkan tarikh mesyuarat suruhanjaya berkenaan lebih awal daripada perancangan.
Perdana Menteri Kemboja mengadakan perjumpaan dengan Anwar di Putrajaya
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet yang sedang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia, hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini untuk berbincang mengenai hu
Festival Air Kemboja kembali selepas 3 tahun terhenti akibat pandemik
Puluhan ribu pengayuh dan penonton dari seluruh negara Asia Tenggara membanjiri tebing sungai di ibu negara Phnom Penh.