NEW DELHI: Pesuruhjaya Tinggi Pakistan yang baharu ke Malaysia Syed Ahsan Raza Shah, yang tiba di Kuala Lumpur pada Khamis, merupakan seorang diplomat berpengalaman.
Pesuruhjaya Tinggi baharu itu dijangka berusaha meluaskan skop hubungan rapat Pakistan dengan Malaysia.
Semasa menerima beliau di Istana Presiden di Islamabad baru-baru ini, Presiden Arif Alvi memberitahu Ahsan bahawa Pakistan amat mementingkan hubungannya dengan Malaysia dan terdapat keperluan untuk meneroka peluang baharu untuk kerjasama dalam perdagangan dan ekonomi.
Pada mesyuarat minggu lepas, Alvi berkata Pakistan perlu berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan Malaysia dalam bidang perdagangan, ekonomi, pendidikan dan budaya serta menyatakan minat untuk menarik pelaburan Malaysia.
"Usahawan Malaysia harus mendapat manfaat daripada dasar mesra pelaburan Pakistan," kata Alvi, menurut catatan media sosial oleh pejabatnya.
Presiden juga meminta pesuruhjaya tinggi yang dilantik itu untuk terlibat dengan komuniti perniagaan dan persatuan perdagangan Malaysia.
Ahsan, yang berkhidmat sebagai setiausaha yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Afghanistan dan Asia Barat di Kementerian Luar, dalam peranan baharunya menggantikan Amna Baloch, yang kini dilantik sebagai duta Pakistan ke Belgium.
Beliau pernah berkhidmat sebagai duta Pakistan ke Qatar, konsul jeneral di Glasgow dan sebagai timbalan ketua misi di kedutaan di Abu Dhabi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Pesuruhjaya Tinggi baharu itu dijangka berusaha meluaskan skop hubungan rapat Pakistan dengan Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Muhyiddin terima kunjungan empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat daripada empat Duta Besar dan seorang Pesuruhjaya Tinggi yang baru dilantik.
177 warga India terkandas pulang melalui penerbangan repatriasi dari KL
Mereka sebahagian daripada 15,000 rakyat India di Malaysia dijangka diterbangkan ke pelbagai destinasi di India di bawah Misi Vande Bharat.
Serangan masjid Christchurch: Tiga rakyat Malaysia cedera, seorang masih hilang
Perkara itu disahkan Nur Izzah Wong Mee Choo, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, ketika dihubungi Astro AWANI pagi ini, yang menyatakan individu yang hilang dikenali sebagai 'Haziq'.
Kilang Lynas mungkin menjadi 'tragedi' jika gagal beroperasi di Pahang
Ini secara langsung akan menyebabkan syarikat-syarikat gergasi Australia lain yang berminat untuk melabur di negara ini membatalkan hasrat mereka.
UK akan bantu Malaysia dapatkan semula asetnya - Treadell
Treadell, yang menemui Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin pada Rabu, berkata UK akan membantu kerajaan Malaysia membina semula kewangannya.