Sebuah pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Turkish Airlines terbabas ketika melakukan pendaratan pada Jumaat.

Ketika kejadian, pesawat TK467 dari Turki menuju ke Ukraine itu dilapor sedang melakukan pendaratan kali kedua susulan angin kencang.

Pesawat yang membawa 134 penumpang termasuk anak kapal itu akhirnya berjaya mendarat namun terbabas dari landasan.

Difahamkan pesawat berkenaan tergelincir sewaktu mendarat menyebabkan kerosakan teruk pada gear pendaratan.



Semua penumpang dan kru berjaya dikeluarkan daripada pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Odesa, Ukraine.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku kepada penumpang dan anak kapal.


Susulan kejadian, operasi lapangan terbang ditutup buat sementara waktu hingga jam 6 petang waktu tempatan.