Sebuah pesawat persendirian Turki terhempas di kawasan pergunungan Iran, dekat bandar Shahr-e Kord, membunuh semua 11 penumpangnya.
Pesawat tersebut difahamkan dalam perjalanan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Istanbul.
Ia membawa lapan penumpang dan tiga anak kapal.
Perkhidmatan kecemasan Iran, memaklumkan pesawat jenis Bombardier CL604 itu dipercayai terbang dalam cuaca buruk, terhempas dan terbakar.
"Kami mengesahkan pesawat berkenaan hilang dari radar, ketika melalui ruang udara kami dan terhempas berhampiran Shahr-e Kord," menurut jurucakap Organisasi Penerbangan Awam Iran dalam satu kenyataan.
Pesawat itu milik firma jutawan Turki Huseyin Basaran.
Usaha mengeluarkan mangsa dilaporkan sukar kerana lokasi nahas terletak di kawasan pedalaman.
Bagaimanapun, penduduk tempatan memaklumkan, tiada mangsa terselamat ditemui dan sebahagian besar mayat mangsa rentung.
Agensi
Sun Mar 11 2018
![Pesawat persendirian terhempas di Iran, 11 maut Pesawat persendirian terhempas di Iran, 11 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520803724_IRANCRASH.jpg)
Pesawat jenis Bombardier CL604 tersebut hilang dari radar ketika terbang dalam cuaca buruk, dan terhempas serta terbakar - Foto AP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pesawat persendirian terhempas di Iran, 11 maut Pesawat persendirian terhempas di Iran, 11 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520803724_IRANCRASH.jpg)
Pesawat persendirian terhempas di Iran, 11 maut
Sebuah pesawat persendirian Turki terhempas di kawasan pergunungan Iran, dekat bandar Shahr-e Kord, membunuh semua 11 penumpangnya.
![Pesawat Bombardier diguna cari pemancing hilang di Teluk Ketapang Pesawat Bombardier diguna cari pemancing hilang di Teluk Ketapang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444919912_APMM.jpg)
Pesawat Bombardier diguna cari pemancing hilang di Teluk Ketapang
Sebuah pesawat Bombardier milik APMM digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat seorang pemancing yang hilang sejak kelmarin berdekatan Pantai Teluk Ketapang.
![Pesawat APMM lakukan 21 jam penerbangan dalam tempoh lima hari padam kebakaran di Indonesia Pesawat APMM lakukan 21 jam penerbangan dalam tempoh lima hari padam kebakaran di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444919912_APMM.jpg)
Pesawat APMM lakukan 21 jam penerbangan dalam tempoh lima hari padam kebakaran di Indonesia
Pesawat Bombardier CL 415 milik APMM melakukan 21 jam penerbangan dalam tempoh lima hari padam kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia.