Lelaki berusia 48 tahun yang merupakan kes pertama jangkita Zika yang diimport ke Singapura 13 Mei lalu, dibenarkan keluar dari Pusat Penyakit Berjangkit (CDC) di Hospital Tan Tock Seng hari ini, menurut laporan ChannelNewsAsia.
Memetik Kementerian Kesihatan dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), laporan itu mengatakan bahawa ujian yang dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan terhadap sampel darah mengesahkan pesakit itu negatif untuk virus Zika.
"Ini bermakna, pesakit tersebut tidak akan menyebarkan virus itu walaupun dia digigit nyamuk aedes. Pesakit itu dalam keadaan baik dan telah pulih sepenuhnya," katanya.
Laporan itu turut menyebut anggota keluarga pesakit berkenaan tidak melaporkan sebarang simptom Zika.
Pada 14 Mei lepas, Kementerian Kesihatan dan NEA melaporkan kes pertama jangkitan Zika yang diimport ke Singapura. Pesakit berkenaan merupakan 'Penduduk Tetap Singapura' dan pernah membuat perjalanan ke Sao Paulo, Brazil dari 27 Mac hingga 7 Mei lalu.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia pula tidak mengeluarkan sebarang larangan terhadap rakyat Malaysia yang ingin keluar masuk ke negara jiran itu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bagaimanapun, menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin ke negara itu supaya sentiasa berhati-hati khususnya apabila mengalami simptom seperti demam.
Bernama
Tue May 17 2016
Pesakit dibenarkan keluar dari Pusat Penyakit Berjangkit di Hospital Tan Tock Seng hari ini. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
COVID-19: Singapura hadkan pertemuan sosial, hanya dua orang sehari hingga 14 Mei
Bermula hari ini juga, had kapasiti di pusat membeli-belah dan kedai-kedai besar akan dikurangkan kepada satu orang bagi setiap 10 meter persegi, berbanding 8 meter persegi sebelum ini.
COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).
COVID-19: Singapura catat 75 kes baharu jadikan jumlahnya 1,189
Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan tambahan 75 kes jangkitan COVID-19, dengan tiga daripadanya melibatkan rakyat Malaysia.
Pesakit Zika pertama di Singapura dibenarkan keluar dari CDC
Ujian yang dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan terhadap sampel darah mengesahkan pesakit itu negatif untuk virus Zika.