Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menegaskan akan mempertingkatkan usaha menentang kumpulan militan Daish

Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter berkata, strategi tersebut termasuk meningkatkan jumlah tentera di darat dan lebih banyak serangan udara dan di media sosial.

Carter yakin White House akan bersetuju dengan idea berkenaan

Ia memandangkan Presiden Barack Obama tidak pernah lagi menolak sebarang cadangan yang berkaitan konflik berkenaan.

"Mereka tidak boleh menyerang kami di udara dan darat dan kami akan melakukannya. Ini adalah satu operasi khas.

"Sekutu kami akan menyertai serangan ini, jadi sebab itu saya yakin yang kami akan menang dalam serangan ini," tambahnya.

Carter berkata demikian ketika melancarkan operasi ketenteraan menentang militan Daish di rantau berkenaan di sini, hari ini.