KHARTOUM: Pertempuran ganas meletus semula antara Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di beberapa kawasan di Khartoum, lapor Xinhua.
RSF melancarkan serangan menyasarkan ibu pejabat Komando Am SAF di Khartoum dan pangkalan tentera lain di bandar Omdurman dan Bahri, menurut media tempatan dan saksi kejadian.
"Pertempuran ganas berlaku pada subuh hari ini (Sabtu) di Komando Am tentera Sudan," lapor portal berita Sudan Tribune di laman sesawangnya.
Sementara itu, seorang saksi kejadian berkata: "sejak pagi, terdapat letupan kuat di kawasan Burri dan Imtidat Nasir, dengan kepulan asap menyelubungi kedua-dua kawasan itu."
Di bandar Bahri di utara Khartoum, saksi berkata RSF melancarkan serangan ke atas Kor Tentera Sudan.
Pertempuran ganas juga berlaku antara RSF dan SAF di sekitar Kor Jurutera, pangkalan tentera strategik, di barat Omdurman.
Pertempuran sudah memasuki bulan keenam dan RSF masih mengawal kawasan utama di ibu negara Khartoum dan beberapa kawasan di barat, manakala SAF mengawal kawasan di utara, timur dan tengah Sudan.
Sudan telah menyaksikan pertempuran maut antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian dan lebih 6,000 kecederaan, menurut data dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
![Pertempuran ganas meletus kembali di Khartoum Pertempuran ganas meletus kembali di Khartoum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694919501_Sudanesesoldiers.jpg)
Pertempuran sudah memasuki bulan keenam dan RSF masih mengawal kawasan utama di ibu negara Khartoum dan beberapa kawasan di barat, manakala SAF mengawal kawasan di utara, timur dan tengah Sudan. - Gambar fail AP
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727863293_AntonioGuterres.jpg)
Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.
![Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729588918_Pesawatkargodisang.jpg)
Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.
![WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723849634_TBsudan.jpg)
WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.
![Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718364755_tbdistributefood.jpg)
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
![WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717716310_foodaid.jpg)
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
![Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716598410_Refugeecamp.jpg)
Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang
Bilangan penduduk hilang tempat tinggal di sempadan negara mereka sendiri meningkat kepada lebih 50 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
![Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696908582_SouthSudanese.jpg)
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
![Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696908582_SouthSudanese.jpg)
Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700220748_Sudanesesoldiers.jpg)
Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).