Parti Pembaharuan Liberal juga mencatatkan kemajuan signifikan, memenangi 11 kerusi, meningkat sebanyak enam kerusi. Parti Rakyat meraih empat kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 10, manakala Parti Pusat menambah lima kerusi, membawa jumlahnya kepada lapan.
Tiga parti dalam gabungan pemerintah semasa mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya ini, dengan hanya memperoleh 19 kerusi. Parti Kemerdekaan, yang dipimpin Perdana Menteri yang akan bersara, Bjarni Benediktsson, kehilangan dua kerusi dan hanya tinggal 14 kerusi. Parti Progresif kehilangan lapan kerusi, tinggal dengan hanya lima kerusi sementara Gerakan Kiri-Hijau tersingkir daripada parlimen, setelah kehilangan kesemua lapan kerusinya.
Menurut Perlembagaan dan Undang-undang Pilihan Raya Iceland, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya majoriti 32 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 63 kerusi. Dengan tiada parti yang mencapai majoriti mutlak, perundingan sebuah kerajaan campuran antara beberapa parti akan menjadi penting untuk membentuk kerajaan seterusnya.
--BERNAMA-XINHUA