WASHINGTON: Perbicaraan akan datang kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung dakwaan cuba membatalkan keputusan pilihan raya presiden 2020 dijadualkan di Washington pada Isnin, lapor Sputnik.
Kes dijadualkan pada 10.00 pagi EST di hadapan Hakim Daerah AS Tanya Chutkan untuk menentukan tarikh perbicaraan.
Trump menyerah diri kepada pihak berkuasa di Georgia pada 24 Ogos ekoran pertuduhan keempat terhadapnya selepas didakwa antara lain terlibat dalam insiden di bangunan dewan perundangan AS, Capitol, memalsukan dokumen perniagaan dan pemilikan haram maklumat sulit.
Pada awal Ogos, Trump mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan berkaitan pilihan raya di mahkamah persekutuan di Washington.
Trump berhadapan satu tuduhan konspirasi untuk menipu Amerika Syarikat, pertuduhan konspirasi untuk menghalang prosiding rasmi, pertuduhan menghalang dan cuba menghalang prosiding rasmi serta pertuduhan konspirasi terhadap hak.
Pada 11 Ogos, Chutkan menolak permintaan pendakwa raya untuk mendapatkan perintah menghalang Trump daripada mendedahkan bukti dalam kes 6 Jan dengan berkata beliau sebaliknya akan mengeluarkan perintah perlindungan yang meliputi maklumat 'sensitif'.
Sebelum mengeluarkan perintah itu, Chutkan menekankan bahawa beliau mahu menjauhkan politik daripada kes itu dan kempen politik Trump yang berterusan tidak akan mempengaruhi keputusannya.
Chutkin juga berkata walaupun Trump mempunyai hak First Amendment untuk kebebasan bersuara, hak itu tidak mutlak.
Awal bulan ini, pihak pendakwa meminta perbicaraan dimulakan pada Mac 2024 manakala peguam Trump telah meminta tarikh pada April 2026.
Trump yang menghadapi pertuduhan jenayah, meneruskan pencalonan presiden daripada Parti Republikan dalam kempen pilihan raya presiden 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
![Perbicaraan kes Trump cuba batalkan keputusan pilihan raya didengar di Washington mulai Isnin Perbicaraan kes Trump cuba batalkan keputusan pilihan raya didengar di Washington mulai Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692334284_DonaldTrump.jpg)
Pada awal Ogos, Trump mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan berkaitan pilihan raya di mahkamah persekutuan di Washington. - Gambar fail/AP
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Perbicaraan kes Trump cuba batalkan keputusan pilihan raya didengar di Washington mulai Isnin Perbicaraan kes Trump cuba batalkan keputusan pilihan raya didengar di Washington mulai Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692334284_DonaldTrump.jpg)
Perbicaraan kes Trump cuba batalkan keputusan pilihan raya didengar di Washington mulai Isnin
Perbicaraan akan datang kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung dakwaan cuba membatalkan keputusan pilihan raya presiden 2020 dijadualkan di Washington pada Isnin.