WASHINGTON: Penggubal undang-undang di Perancis sebulat suara meluluskan rang undang-undang mengawal selia pempengaruh media sosial berbayar selain membanteras penipuan, kata pegawai pada Khamis.
Kementerian Ekonomi, Kewangan dan Perindustrian dan Kedaulatan Digital Perancis dalam siaran berita berkata Perancis menjadi negara pertama di Eropah dan antara yang pertama di dunia yang menerima pakai rangka kerja untuk mengawal selia pengaruh komersial, lapor United Press International (UPI).
Undang-undang itu yang berkuat kuasa serta-merta, mewujudkan badan kawal selia dalam Direktorat Am Persaingan, Hal Ehwal Pengguna dan Pencegahan Penipuan bersama pasukan 15 ejen dan menggariskan definisi undang-undang mengenai aktiviti pengaruh komersial.
Ia juga menetapkan kewajipan ketelusan yang memerlukan pempengaruh(influencer) melabelkan semua kandungan berbayar dan melarang perniagaan komersial daripada mengambil pempengaruh untuk mempromosi barangan dan perkhidmatan tertentu yang antara lain meliputi ubat, pembedahan kosmetik, nikotin dan haiwan liar.
Menurut teks undang-undang itu, mereka yang melanggar undang-undang itu boleh didenda sehingga 300,000 euro -- atau kira-kira AS$322,858 -- serta penjara dua tahun.
Selain itu, pempengrauh dikehendaki mematuhi undang-undang pengiklanan seperti yang memerlukan pengiklan televisyen dan radio menggalakkan aktiviti fizikal dalam iklan untuk minuman ringan dan makanan yang diproses.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Perancis menjadi negara pertama di Eropah dan antara yang pertama di dunia yang menerima pakai rangka kerja untuk mengawal selia pengaruh komersial. - Gambar fail
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho.
Insiden penyu naik sehingga ke jalan raya bukan fenomena pelik
Jabatan Perikanan Negeri telah meneliti hantaran video tular itu dan mendapati penyu dewasa tersebut merupakan spesies penyu agar.
Lelaki bersyukur akhirnya diiktiraf warganegara Malaysia selepas 40 tahun
Mohd Razwil berkata beliau menghabiskan keseluruhan usia remajanya di beberapa rumah kebajikan dan tidak pernah mengenali ibu bapa atau ahli keluarga yang lain.
Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 November 2024.
Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.