PARIS: Seperti yang diumumkan sebelum ini, Perancis telah menghantar bantuan perubatan ke Semenanjung Gaza, kata Menteri Pertahanannya, Sebastien Lecornu.

Dalam satu temu bual dengan radio France Info, Lecornu berkata, kapal kedua yang dikirim Perancis itu "dilengkapi untuk diubah menjadi kapal hospital."

"Ideanya adalah untuk memberitahu semua pihak dalam konflik ini bahawa kita tidak boleh membiarkan orang awam terdedah kepada bahaya, terutamanya tanpa penyelesaian penjagaan kesihatan pada peringkat kemanusiaan," tambah Lecornu.

Perancis sebelum ini mengumumkan mereka akan menghantar kapal angkatan laut pertama ke Asia Barat pada minggu lepas, selepas lawatan Presiden Emmanuel Macron ke Israel dan negara-negara lain di Timur Tengah. - Agensi