Duta Perancis ke Malaysia Christopher Penot memberi jaminan bahawa penuntut Malaysia di negara itu selamat tetapi menggesa mereka supaya tetap berwaspada berikutan serangan pengganas di Paris
Jumaat lepas.
Beliau berkata pihak keselamatan Perancis kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya bagi menjamin keselamatan orang awam di negara itu.
"Kami cuba untuk mengelakkan serangan baharu dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan setiap orang di Perancis termasuk pelancong dan pelajar. Tiada sebab untuk mempercayai akan ada lagi serangan tidak lama lagi tetapi kami perlu kekal berwaspada.
Pada masa ini, kerajaan Perancis telah mengisytiharkan darurat selama 12 hari dan mungkin akan dilanjutkan ke beberapa hari lagi. Langkah-langkah keselamatan ini akan memberi kuasa luar biasa kepada pihak keselamatan dan polis, beliau memberitahu Bernama selepas melancarkan platform 'Alumni Perancis Malaysia', di sini malam tadi.
Platform digital Alumni Perancis bermatlamat untuk memberi peluang kepada alumni asing untuk mengekalkan hubungan mereka dengan Perancis, sekolah dan universiti, perniagaan dan kebudayaan di sana.
Jumaat lepas pengganas menyerang beberapa lokasi di Paris termasuk restoran, dewan konsert dan stadium mengakibatkan sekurang-kurangnya 129 orang terkorban dan 352 cedera.
Ditanya sama ada serangan baru-baru ini akan menjejaskan ketibaan pelajar asing ke Perancis, Penot optimis bahawa Perancis akan terus menjadi destinasi pilihan penuntut, terutamanya dari Malaysia.
Beliau berkata setiap tahun secara purata 200 penuntut dari Malaysia melanjutkan pengajian mereka di negara itu dan percaya keadaan ini akan berterusan.
"Keganasan adalah satu fenomena global, ia boleh berlaku di mana-mana di dunia dan ia tidak hanya memberi kesan kepada satu negara (Perancis) tetapi seluruh masyarakat antarabangsa. Oleh sebab itu kami perlu menyampaikan mesej yang serius kepada pelakunya," katanya.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu bersatu dan kekal tenang biarpun terdapat serangan.
"Kami sedang berperang dengan pengganas yang sangat terancang dan terselaras yang cuba untuk memusnahkan cara kehidupan kami dan memusnahkan setiap apa yang kami percaya dan untuk saya respons terbaik yang kami boleh berikan ialah meneruskan kehidupan kami bersama-sama," katanya.
Penot berkata Kedutaan Perancis di Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Paris dan akan mengeluarkan kenyataan bila perlu dan sesiapa yang ingin bertanya boleh menghubungi kedutaan untuk mendapatkan maklumat.
Bernama
Thu Nov 19 2015
![Penuntut Malaysia di Perancis selamat tetapi perlu berwaspada - Duta Perancis Penuntut Malaysia di Perancis selamat tetapi perlu berwaspada - Duta Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447774753_parisattack.jpg)
Penot berkata Kedutaan Perancis di Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Paris dan akan mengeluarkan kenyataan bila perlu dan sesiapa yang ingin bertanya boleh menghubungi kedutaan untuk mendapatkan maklumat. - Gambar Fail
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Penuntut Malaysia di Perancis selamat tetapi perlu berwaspada - Duta Perancis Penuntut Malaysia di Perancis selamat tetapi perlu berwaspada - Duta Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447774753_parisattack.jpg)
Penuntut Malaysia di Perancis selamat tetapi perlu berwaspada - Duta Perancis
Duta Perancis ke Malaysia Christopher Penot memberi jaminan bahawa penuntut Malaysia di negara itu selamat tetapi menggesa mereka supaya tetap berwaspada berikutan serangan pengganas di Paris.