NEW DELHI: Seorang penunggang motosikal di India maut selepas lehernya dikelar tali layang-layang ketika dalam perjalanan bersama isteri dan anaknya yang berusia 8 tahun.
Vipin Kumar, 35, dalam perjalanan ke rumah kakaknya untuk menyambut perayaan Rakhi pada Khamis apabila tali bersalut serbuk kaca tajam itu mengenai lehernya di atas jejambat Taman Shastri.
Susulan kejadian, mangsa yang berlumuran darah dibawa ambulans ke pusat trauma di Civil Lines di mana doktor memaklumkan Vipin telah meninggal dunia.
Mayat mangsa dibedah siasat dan kes itu sedang disiasat pihak berkuasa.
Kematian Vipin bukan satu-satunya kes melibatkan tali bersalut kaca di Delhi.
Pada 2016, dua kanak-kanak dan seorang penunggang motosikal maut selepas leher mereka dikelar tali layang-layang jenis itu pada perayaan Hari Kemerdekaan negara.
Menurut fakta kes, ketika kejadian, kedua-dua kanak-kanak itu dilapor berdiri dan menjengah keluar melalui bumbung kereta.
Seorang lagi mangsa, Zafar Khan, 22, sedang menunggang motosikalnya apabila kerongkongnya dikelar, lapor BBC.
Layang-layang ialah aktiviti popular ketika perayaan di India, namun penggunaan tali jenis itu amat berbahaya kerana ia disalut dengan serbuk kaca untuk menjadikannya lebih tajam dan kuat.
Tali bersalut kaca yang digunakan untuk permainan layang-layang telah diharamkan di Delhi sejak 2016 susulan beberapa tragedi yang antaranya meragut nyawa.
Namun, tali murah bersalut serbuk kaca dipercayai dari China itu masih digunakan secara meluas di seluruh negara.
Astro Awani
Sun Aug 14 2022
Vipin meninggal dunia selepas lehernya dikelar tali layang-layang ketika menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya. -Gambar hiasan/Bernama
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Penunggang motosikal maut dikelar tali layang-layang
Mangsa yang berlumuran darah dibawa ambulans ke pusat trauma di Civil Lines di mana doktor memaklumkan Vipin telah meninggal dunia.
Tiada laporan ragut guna tali tangsi, hanya kemalangan langgar tali layang-layang - Polis
Kejadian tersebut tiada kaitan dengan kes cubaan meragut di Terowong Penchala Link yang tular di media sosial pada Isnin.
Pedih... Kulit leher tersiat, dihiris tali layang-layang melintang di jalan
Penjawat awam itu sedang menunggang motosikal dari Hospital Bukit Mertajam menuju ke IPD Daerah Seberang Perai Utara (SPU).
Budak 4 tahun maut leher terkelar tali layang-layang
Peserta sukan menggunakan tali bersalut logam atau serpihan kaca bertujuan memutuskan benang layang-layang lawan.