Susulan video rakaman yang memaparkan seorang penumpang diberi layanan buruk oleh kakitangan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, kerajaan India mengarahkan siasatan dilakukan berhubung insiden berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.
"Kami sedang menunggu laporan daripada Direktorat Penerbangan Awam berhubung kejadian itu," kata Menteri Penerbangan Awam India, Ashok Gajapathi Raju kepada media pada Selasa.
Insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi bulan lalu, namun kejadian mula mendapat perhatian selepas rakaman video tular di media sosial.
Rakaman video memaparkan, seorang penumpang dihalang secara fizikal daripada menaiki pesawat oleh seorang kakitangan Indigo Airline selepas berlaku perbalahan.
Penumpang, dikenali sebagai Rajeev Katiyal, dan mereka kemudian dilihat saling melepas tumbukan antara satu sama lain.
Syarikat penerbangan itu, telah mengemukakan permohonan maaf.
"Saya mengakui kejadian itu sepatutnya tidak terjadi terhadap penumpang. Saya memohon maaf kerana keadaan itu tidak mencerminkan budaya kami," kata Presiden Indigo, Aditya Ghosh dalam satu kenyataan.
Sementara itu, seorang pegawai kanan polis berkata, tiada pihak membuat sebarang laporan berhubung kejadian tersebut dan buat masa ini kes berkenaan tidak didaftarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2017
Syarikat penerbangan itu, Indigo Airline, telah mengemukakan permohonan maaf. - Gambar fail
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Penumpang terima layanan buruk, India arah siasatan dijalankan
"Kami sedang menunggu laporan daripada Direktorat Penerbangan Awam berhubung kejadian itu," kata Menteri Penerbangan Awam India, Ashok Gajapathi Raju kepada media pada Selasa.