Seorang penjenayah perang Croat Bosnia meninggal dunia selepas menelan racun semasa perbicaraan rayuan di The Hague.
Slobodan Praljak, 72, meninggal dunia di hospital dan kawasan bilik perbicaraan kini telah diisytiharkan sebagai tempat kejadian jenayah.
Semasa kejadian bekas komander tentera Croat Bosnia itu bangun dari tempat duduknya dan menjerit dia bukan seorang penjenayah sebelum meminum cecair daripada sebuah botol.
“Saya telah minum racun,” katanya.
Ini susulan keputusan mahkamah yang mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atasnya.
Hakim Carmel Agius terus menggantung perbicaraan tersebut dan ambulans dipanggil.
“Jangan ambil botol itu keluar daripada bilik ini,” arah hakim itu.
Praljak dikejarkan ke hospital berdekatan dan disytiharkan telah meninggal dunia dan siasatan kini dijalankan.
Praljak dihukum penjara pada 2013 berikutan keganasan di bandar Mostar semasa perang Bosnia yang berlaku dari 1992 hingga 1995.
Dia merupakan antara enam bekas pemimpin dan ketua tentera Croat Bosnia yang dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY).
Kesemua mereka sedang menghadiri keputusan rayuan terakhir oleh mahkamah tersebut.
Agensi
Thu Nov 30 2017
Slobodan Praljak meminum cecair daripada sebuat botol kecil semasa perbicaraan di The Hague pada 29 November 2017. - ICTV via REUTERS TV
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Penjenayah perang Bosnia bunuh diri minum racun di bilik mahkamah
Slobodan Praljak, 72, menjerit dia bukan seorang penjenayah di bilik mahkamah sebelum meminum cecair daripada sebuah botol.