Jurucakap syarikat itu mengesahkan perkara tersebut kepada Reuters.
Kamprad menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya di Smaland, selatan Sweden.
IKEA bermula sebagai sebuah kedai di halaman rumah Kamprad yang menjual jam tangan dan kad Krismas.
Perniagaan itu kemudiannya terus berkembang dan menjadi popular kerana menghasilkan rangkaian perabot yang direka dan dibungkus secara kompak, sekali gus mendapat pengiktirafan kerana mempromosi reka bentuk keperluan kediaman yang berkualiti dan moden.
Kamprad muncul sebagai salah seorang daripada usahawan terkaya di Eropah dan tinggal selama beberapa dekad di Switzerland. Mendiang berpindah ke Switzerland pada sekitar 1970-an untuk mengelak daripada kadar cukai tinggi di Sweden.
Namun, dia berpindah semula ke Sweden pada tahun 2013 selepas kematian isterinya, Margareta.
Pada tahun yang sama, Kampard berundur dari lembaga pengarah syarikat induk yang memegang jenama IKEA, dan mengetengahkan anak bongsunya untuk mengambil alih jawatan pengerusi.
Keluarga Kamprad masih berkuasa dalam struktur korporat yang membentuk rangkaian syarikat IKEA.
TRIVIA:
- IKEA ditubuhkan oleh Ingvar Kamprad di Almmhult, Sweden ketika berusia 17 tahun.
- IKEA adalah akronim bagi perkataan 'Ingvar Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd' yang merujuk kepada tempat tinggalnya.
- Kamprad mula berniaga pada usia yang muda berbekalkan modal wang yang diberikan oleh ayahnya sebagai hadiah kerana prestasi akademiknya di sekolah cemerlang.
- Ketika menginjak usia dewasa, dia turut terlibat dalam gerakan Pro-Nazi Sweden Baru yang disifatkan sebagai satu kesilapan besar yang dia lakukan dalam hidup.
- Kamprad telah menjual perabot gaya ‘Scandinavia’ dengan harga mampu milik untuk golongan muda.
- IKEA kini dikenali dan disukai ramai kerana mengetengahkan rekabentuk senibina moden di dalam bidang perkakasan, perabot dan hiasan dalaman.