AALBORG: Pelanggan dan kakitangan gedung perabot ternama Ikea di Denmark mendapat pengalaman bermalam terbaik selepas terkandas akibat ribut salji.
Dalam kejadian di bandar Aalborg baru-baru ini, sekurang-kurangnya 25 staf dan pelanggan gedung perabot itu tidak dapat pulang ke rumah apabila salji setebal 30cm (12 inci) melitupi jalan dan bangunan.
Disebabkan keadaan cuaca yang tidak memungkinkan mereka beredar, pelanggan dan staf gedung dibenarkan bermalam di bilik pameran, menjamu selera di kafe, juga menonton televisyen di premis tersebut.
Bukan setakat kumpulan itu sahaja, malah kakitangan kedai mainan bersebelahan juga memohon untuk tumpang berteduh di gedung Ikea tersebut.
Pengurus gedung Peter Elmrose berkata mereka tidur di bilik pameran di mana terdapat katil, tilam dan sofa.
"Kami berkumpul di kafe, di mana kami dapat makanan dan minuman, dan tonton televisyen.
"Kami tak dapat elak situasi ini. Kami sangat gembira mendapat perlindungan," kata Erik Bangsgaard, antara pelanggan yang terperangkap di dalam premis itu.
Selain tidur yang selesa, keesokan harinya, kumpulan itu dijamu pula dengan sarapan pagi roti gulung kayu manis dan kopi sebelum mereka meninggalkan premis tersebut.
Elmrose memaklumkan bahawa katil dan perkakas di premis itu akan dibersihkan apabila gedung itu dibuka pada pagi Khamis.
Astro Awani
Fri Dec 03 2021

Sekurang-kurangnya 25 staf dan pelanggan gedung perabot Ikea di Denmark terpaksa bermalam di premis itu akibat ribut salji. -Gambar hiasan
Penerbangan pertama musim Haji 1446h/2025m pada 29 April
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci bagi musim 1446H/2025M dijadualkan pada 29 April.

BKK Aidilfitri kepada penjawat awam, pesara: Cuepacs zahir penghargaan kepada PM
Adnan turut menyeru agar penjawat awam bijak menguruskan bantuan kewangan yang diterima dan menggunakan ia dengan sebaiknya.
Hujan lebat di Sabah sehingga Sabtu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah sehingga esok.
Hujan di Sabah semakin ramai terjejas
Rebecca Chong melaporkan perkembangan terbaharu banjir di Sabah.
Food For Gelandangan
Program Food For Gelandangan (FFG) melebarkan program dan inisiatif menerusi pengedaran makanan kepada golongan miskin bandar
Bomba beku 70 peratus cuti Aidilfitri
JBPM membekukan 70 peratus atau 11,500 cuti pegawai dan anggota bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan sepanjang Aidilfitri.
Ramadan di Turkiye - Cumalikizik suasana tradisional empayar Uthmaniyyah
Perkampungan ketika zaman Uthmaniyyah di Bursa, Turkiye masih utuh dan terpelihara dengan baik dan menjadikan ia salah satu destinasi yang wajib dikunjungi ketika berada di Turkiye.
AWANI Sabah+: SYUKUR ringankan beban golongan miskin tegar
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) satu lagi inisiatif kerajaan negeri Sabah dalam usaha meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Daftar Pemilih Tambahan Februari 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2025 (DPT BLN2/2025) boleh dibuat untuk tempoh 30 bermula hari ini hingga 19 April ini.
#AWANIRingkas 21 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Mac 2025
1️⃣ RM500 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah
2️⃣ Penyelenggaraan lebuh raya dihentikan 24 Mac-7 April
3️⃣ Luis Garcia CEO JDT bermula 1 April
#awaniringkas
1️⃣ RM500 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah
2️⃣ Penyelenggaraan lebuh raya dihentikan 24 Mac-7 April
3️⃣ Luis Garcia CEO JDT bermula 1 April
#awaniringkas

IKEA naikkan harga barang
Ia berikutan kesukaran yang dihadapi dari segi komoditi dan rantaian bekalan, menurut INGKA Holding.

Ikano Centres teruskan rancangan pertumbuhan sebagai tempat pertemuan di Malaysia, Thailand
Ikano Centres telah mengekalkan kadar sewa yang normal iaitu sebanyak 92% di seluruh pusat beli-belah sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu.

Pelanggan bermalam di Ikea selepas terkandas dalam ribut salji
Mereka turut dijamu dengan sarapan pagi roti gulung kayu manis dan kopi sebelum meninggalkan premis keesokan harinya.
.jpg)
IKEA tarik balik jualan cawan 'beracun'
Peruncit produk perabot dan rumah Sweden, IKEA, menarik semula berjuta-juta cawan 'Made in India' di hampir semua gudangnya di seluruh dunia berikutan kewujudan bahan kimia berlebihan.

Beckham menang pertaruhan dengan Ibrahimovic
Zlatan bakal pakai jersi England dan makan 'fish and chips' sambil menyaksikan perlawanan melibatkan The Three Lions di Wembley!

'Bebola daging Swedish' bukan asal dari Sweden
Akaun Twitter rasmi negara Sweden pada Sabtu mendedahkan bahawa juadah berkenaan asalnya diambil dari Turki oleh raja mereka, Raja Charles XII, pada kurun ke-18.

Ikea tarik balik penjualan bebola daging di Eropah
Ikea menarik balik bebola daging yang dijual di restorannya berikutan dakwaan produk terbabit dicemari daging kuda.