SYDNEY: Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Selasa selepas mengganggu penerbangan antarabangsa dari Australia ke Malaysia.
Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Persekutuan Australia (AFP), lelaki berasal dari Canberra itu berdepan pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat Divisyen 3 dan gagal mematuhi arahan keselamatan kru kabin, lapor Xinhua.
Jika sabit kesalahan, masing-masing boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda melebihi 15,000 dolar Australia (kira-kira AS$9,727).
Lelaki itu dijangka tampil di Mahkamah Tempatan Pusat Downing juga pada Selasa.
Sebuah penerbangan Malaysia Airlines berlepas dari Sydney pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan menuju ke Kuala Lumpur pada Isnin tetapi terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada 3.45 petang waktu tempatan.
"Semasa penerbangan, penumpang lelaki itu didakwa mencetuskan gangguan dan mendakwa membawa bahan letupan.
"AFP menahan lelaki itu tanpa sebarang insiden," menurut polis persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Rakaman video ketika suspek (kiri) bercakap dengan anak kapal ketika di dalam penerbangan MH122 dari Australia ke Malaysia, 14 Ogos 2023. - Gambar fail AP
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Penerbangan MH122 berpatah balik: Lelaki didakwa selepas cetus gangguan
Lelaki berasal dari Canberra itu berdepan pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat Divisyen 3 dan gagal mematuhi arahan keselamatan kru kabin.
Pedofil Thailand ditangkap bersama lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak
Suspek memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak serta mencabul ribuan mangsa berusia bawah 13 tahun.
Isu penahanan kru seludup dadah ke Australia: Ini jawapan Malindo Air
Menurut kenyataan tersebut Malindo Air menyatakan bahawa pihaknya belum menerima sebarang respon daripada kru terlibat ataupun AFP mengenai penahanan tersebut.
Penipuan hartanah: Polis Persekutuan Australia rampas komputer dan fail
Polis Persekutuan Australia hari ini merampas komputer dan fail dari sebuah rumah di Vermont South, Melbourne, berkaitan dengan dakwaan penipuan hartanah di Melbourne