WASHINGTON: Berpuluh-puluh penduduk di barat laut Washington, D.C. pada Ahad memberi penghormatan kepada pelajar sekolah di Uvalde, Texas, yang menjadi mangsa tembakan beramai-ramai, lapor Xinhua.
Penganjur meletakkan 21 kerusi kosong untuk 19 kanak-kanak dan dua guru yang terbunuh dalam kejadian tembakan Uvalde di perkarangan sebuah gereja tempatan.
Seorang wanita membacakan nama mangsa satu persatu, di hadapan penduduk yang menghadiri majlis peringatan itu pada tengah hari.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 21 maut dalam insiden tembakan di sekolah rendah Texas
Presiden AS Joe Biden dan Wanita Pertama Jill Biden hadir ke Uvalde pada Ahad untuk bertemu dengan keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai itu.
Mereka juga melawat sebuah tugu peringatan yang dibina di luar Sekolah Rendah Robb - tempat kejadian tembakan ngeri yang berlaku pada Selasa lepas.
Seorang pegawai Texas pada Jumaat memberitahu pemberita bahawa polis tempatan membuat "keputusan yang salah" dengan menunggu hampir sejam untuk menyerbu bilik darjah sekolah di mana lelaki bersenjata berusia 18 tahun Salvador Ramos menembak kanak-kanak dan guru sebelum dia ditembak mati.
Hampir 20 pegawai berdiri di luar bilik darjah semasa serangan dan ketua pasukan keselamatan di tempat kejadian percaya pada masa itu bahawa penembak telah berhenti bertindak dan kanak-kanak itu tidak lagi berisiko, menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Awam Texas Steven McCraw.
Jabatan Kehakiman AS pada Ahad mengumumkan ia "akan menjalankan Siasatan Insiden Kritikal terhadap tindak balas penguatkuasa undang-undang terhadap kejadian di Uvalde."
"Ia bertujuan menyediakan pernilaian bebas akan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan tindak balas pada hari itu, dan untuk mengenal pasti pengajaran dan amalan terbaik untuk membantu responden pertama bersedia dan bertindak balas terhadap peristiwa penembak aktif," kata jurucakap Anthony Coley dalam satu kenyataan.
"Seperti tindakan selepas kejadian Jabatan Kehakiman sebelum ini mengenai insiden tembakan dan insiden kritikal lain, penilaian itu akan adil, telus dan bebas," tambah Coley. "Jabatan Kehakiman akan mengeluarkan laporan mengenai kajian itu."
Amerika Syarikat menyaksikan beberapa kejadian tembakan besar-besaran di seluruh negara sejak beberapa minggu lalu menjelang ketibaan musim panas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
![Penduduk Washington, D.C. beri penghormatan kepada mangsa tembak sekolah Penduduk Washington, D.C. beri penghormatan kepada mangsa tembak sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653947707_Peopleleaveflowers.jpg)
Orang ramai meletakkan bunga serta alat permainan di tuju peringatan untuk 19 pelajar dan dua guru yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb. - Foto REUTERS
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739081659_tbaaronazizkecema.jpg)
Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan
Aaron Aziz memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan pada Sabtu.
![Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739058438_Insidentembakan.jpg)
Insiden tembakan: Pusat beli-belah disahkan selamat, kata polis
Pemeriksaan lanjut di dalam pusat beli belah ini disahkan dalam keadaan selamat.
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
![Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739028229_TembakSetiaCityM.jpg)
Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
![Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium.
![Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738252035_TBtembak.jpg)
Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - KP Selangor
Siasatan polis mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar.
![Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar PATI cedera akibat tembakan ke hospital di Serdang Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar PATI cedera akibat tembakan ke hospital di Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738251780_HusseinOmarKhan.jpg)
Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar PATI cedera akibat tembakan ke hospital di Serdang
Pihak polis juga mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada dalam bot sewaktu kejadian.
![Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730355199_950x600.jpg)
Pasukan keselamatan Thailand tumpaskan empat lelaki bersenjata di Yala
Empat lelaki bersenjata maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan tempatan di Kampung Charak Vakong, daerah Kerong Pinang, Wilayah Yala kira-kira 5.30 pagi tadi.
![Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
![Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737599470_TBShooting.jpg)
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.