Kerajaan Thailand menggesa rakyat di wilayah selatan supaya bertenang dan tidak panik berikutan serangan di kawasan bergolak itu malam tadi, mengakibatkan tiga maut dan enam yang lain cedera.
Menurut jurucakapnya, Lt Jen Sansern Kaewkamnerd, pihak berkuasa keselamatan telahpun mula memburu pelaku yang bertanggungjawab terhadap keganasan itu, dan yakin mereka akan ditahan tidak lama lagi.
"Kerajaan mahu rakyat rasa yakin kepada pegawai-pegawai yang menjalankan tugas mereka. Jangan panik kerana itu (panik) adalah apa yang pemberontak mahu," katanya hari ini.
Keselamatan di selatan Thailand akan ditingkatkan katanya, sambil menambah kerajaan juga menggesa rakyat di wilayah berkenaan menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat penting bagi memastikan keganasan dapat dibendung.
Sansern mengulas berhubung kejadian letupan bom, kes tembakan dan serangan khianat di Pattani, Narathiwat dan Songkla lewat malam tadi, oleh penyerang yang tidak dikenali.
Insiden keganasan di tiga wilayah di selatan Thailand itu menurut pegawai keselamatan, menyaksikan sekurang-kurangnya 13 kejadian letupan bom, lima kes tembakan serta lima serangan khianat.
Selain tiga yang maut dan enam cedera, keganasan yang berlaku hampir serentak bermula 9.30 malam itu menyebabkan sebuah stesen minyak dan sebuah pusat pameran kereta dibakar, tiang elektrik ditumbangkan, dan premis menempatkan Mesin Pengeluaran Wang (ATM) musnah dengan letupan bom yang kuat.
Dua yang maut adalah pengawal keselamatan pusat pameran kereta berkenaan, manakala seorang lagi mangsa yang terbunuh ialah anggota tentera yang ditembak mati ketika sedang berkawal di Mueang, Pattani.
Menurut Sansern, Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan pihak berkuasa untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan keganasan itu, dan menjaga kebajikan mereka.
"Perdana Menteri mengarahkan pegawai-pegawai untuk memulihkan keyakinan orang ramai dan mengelak sebarang impak negatif yang boleh memberi kesan kepada ekonomi dan punca pendapatan penduduk setempat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2016
Pasukan keselamatan Thailand membersihkan mesej yang dipercayai ditinggalkan oleh kumpulan penyerang di Yingo, Narathiwat. - Foto MADAREE TOHLALA / AFP
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Selangor FC sediakan pengawal peribadi untuk isteri, anak Faisal Halim
Selangor FC mengambil inisiatif menyediakan pengawal keselamatan untuk isteri dan anak Faisal Halim sebagai langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan asid terhadap pemain bola sepak itu pada Ahad.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Sungai Golok mula kering, polis Kelantan perketat kawalan sempadan
Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim kemarau dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan susulan air Sungai Golok mulai kering.
Kawalan keselamatan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia diperketat
Sidang khas itu akan dihoskan PM Australia Anthony Albanese ketika negara itu meraikan ulang tahun ke-50 sebagai rakan luar pertama ASEAN.