GENEVA: Penduduk Gaza kian kesuntukan masa dan pilihan ketika mereka terus berdepan dengan pengeboman tentera Israel, kehilangan insan tersayang dan diancam wabak penyakit, kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini.
"Mereka sedang menghadapi babak paling gelap dalam sejarah mereka sejak 1948. Dan ia adalah sejarah yang menyakitkan," katanya di Forum Pelarian Global, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau berkata penduduk Gaza kini bersesak-sesak di kawasan kurang satu pertiga daripada wilayah asal berhampiran sempadan Mesir.
Pesuruhjaya itu berkata untuk beranggapan bahawa penduduk Gaza akan mampu bertahan dalam menghadapi keadaan yang tidak dapat didiami itu adalah tidak realistik.
Lazzarini berkata Rafah yang dahulunya tempat tinggal untuk 280,000 penduduk kini menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin.
"Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza dan menamatkan kepungan untuk membolehkan kemasukan bantuan yang mencukupi. Saya di sini menyambut baik sokongan luar biasa 153 negara anggota PBB pada Perhimpunan Agung menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera," katanya.
Beliau juga menegaskan keperluan untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan yang sesuai.
"Apa yang boleh ditawarkan oleh 100 trak setiap hari kepada 2.2 juta orang? Perbincangan peringkat tinggi mengenai jumlah trak setiap hari telah mengambil begitu banyak masa dan tenaga sehingga saya tidak mempunyai jawapan kepada seorang bapa kepada lima anak di Rafah yang bertanya kepada saya bagaimana beliau dan anak-anaknya boleh bertahan hidup dengan satu tin kacang untuk tiga hari .
"Kami masih jauh daripada respons kemanusiaan yang mencukupi," kata Lazzarini yang dipetik WAFA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
"Mereka sedang menghadapi babak paling gelap dalam sejarah mereka sejak 1948. Dan ia adalah sejarah yang menyakitkan." - Reuters
Da’i Syed bertekad bersihkan nama di mahkamah
Pendakwah selebriti Da’i Syed bertekad membersihkan namanya selepas didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2019.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 tahun, menegaskan bahawa perjuangan ini demi keluarganya, selain tidak mahu anak perempuannya membesar dalam suasana negatif akibat kecaman netizen.
Pengambilan tanah, pengalihan utiliti punca projek tebatan banjir lewat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, proses pengambilan tanah yang memakan masa terlalu lama menjadi antara punca utama berlakunya kelewatan projek rancangan tebatan banjir (RTB) khususnya di Pantai Timur.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Korban Gaza meningkat kepada 43,374 orang, 102,261 lagi cedera
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, 33 rakyat Palestin telah terbunuh dan 156 lagi cedera.
Harris janji usaha tamatkan konflik di Gaza jika dipilih sebagai Presiden AS
Harris menyifatkan tahun ini adalah sukar memandangkan skala kematian dan kemusnahan di Gaza serta korban awam dan pemindahan paksa penduduk di Lubnan.
Israel tamatkan kerjasama dengan UNRWA - Duta
Ketua UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu secara efektif menjejaskan usaha agensi berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.
Lebih 100 kakitangan tuduh BBC berat sebelah dalam liputan perang Israel di Gaza
Lebih 100 kakitangan BBC menuduh syarikat itu memberikan liputan berat sebelah yang memihak kepada Israel dalam laporan konflik di Gaza.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Israel 'tidak serius' dalam rundingan gencatan senjata Gaza - Hamas
Kumpulan Palestin, Hamas pada Jumaat berkata Israel tidak mengambil serius rundingan gencatan senjata Gaza.
Israel perlu hormat fasiliti PBB - UNRWA
UNRWA berkata fasiliti milik badan dunia itu mesti dilindungi pada setiap masa.
Sebuah sekolah sementara di Gaza dibuka
Sekolah itu menggunakan khemah sebagai bilik darjah yang mampu menempatkan sehingga 1,800 pelajar dari darjah satu hingga empat.
Ketua WHO umum vaksinasi polio di utara Gaza disambung semula hari ini
Ketua WHO mengumumkan program vaksinasi polio yang tertangguh di utara Gaza akan disambung semula pada Sabtu.