LEBIH lapan juta pengguna serentak menonton penstriman secara langsung di YouTube ketika Chandrayaan-3 Lander Module melakukan pendaratan di bulan Rabu lalu, menjadikannya penstriman langsung yang paling banyak ditonton di platform berkenaan.
Chandrayaan-3 berjaya mendarat selepas menempuh perjalanan kira-kira 384,000 kilometer selama lebih 40 hari, selepas dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota pada 14 Julai.
Penstriman langsung kedua yang paling banyak ditonton ialah perlawanan bola sepak antara Brazil dan Croatia dalam Piala Dunia FIFA 2022, yang merekod enam juta penonton serentak puncak (PCV).
Perlawanan bola sepak Brazil bertemu Korea Selatan dari kejohanan yang sama dengan 5.2 juta PCV menduduki tempat ketiga.
Pendaratan Chandrayaan menjadikan India negara keempat mencapai kejayaan misi pendaratan di bulan dan yang pertama ke tanah lembut berhampiran kutub selatan bulan.
Berikut ialah senarai lima penstriman langsung YouTube yang paling banyak ditonton:
Pelancaran ISRO Chandrayaan-3: 8.06 Juta
Brazil vs Korea Selatan (Piala Dunia FIFA): 6.15 juta
Brazil vs Croatia (Piala Dunia FIFA): 5.2 juta
Vasco vs Flamengo: 4.8 juta
Demo Kru SpaceX: 4.08 juta
Agensi
Sun Aug 27 2023

Jumlah tontonan penstriman langsung pendaratan Chandrayaan-3 tewaskan dua perlawanan bola sepak Piala Dunia. - Reuters

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Perayau Chandarayaan-3 India selesai tugasan, ditetapkan ke dalam mod tidur
Perayau (rover) Chandrayaan-3 India telah menyelesaikan tugasan semasanya di bulan dan ditetapkan dalam mod tidur sehingga 22 Sept, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), lapor Sputnik.

Pendaratan Chandrayaan-3 di bulan pecah rekod tontonan penstriman langsung YouTube
Jumlah tontonan penstriman langsung pendaratan Chandrayaan-3 tewaskan dua perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Misi bulan India mulakan penerokaan bulan
Perayau (rover) misi bulan C India keluar dari pendaratannya dan bergerak merentasi debu bulan buat kali pertama, umum agensi angkasa negara itu pada Khamis.

Selebriti terkenal India ucap tahniah atas kejayaan misi Chandrayaan-3
Susulan kejayaan kapal angkasa milik India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan hari ini, sebilangan besar selebriti dari India mengucapkan tahniah.

Kapal angkasa India Chandrayaan-3 selamat mendarat di kutub selatan bulan
Kapal angkasa Chandrayaan-3 (CY3) selamat mendarat di permukaan bulan kira-kira jam 8.34 (waktu Malaysia) pada Rabu.