Perancis tidak menolak kemungkinan dalang penculikan rakyat Perancis di utara Cameroon ialah rangkaian pelampau Afrika yang berpangkalan di Nigeria.

Penculikan juga disifatkan berkait rapat operasi ketenteraan Paris di Mali.

Presidennya, Francois Hollande berikrar melakukan apa sahaja untuk membebaskan kesemua tujuh warganya di utara Cameroon.

Empat daripada mereka yang diculik ialah kanak-kanak.

Hollande mengesahkan ibu-bapa kanak-kanak tersebut bekerja untuk sebuah syarikat milik Perancis di negara itu.

Tebusan tersebut dipercayai dilarikan ke Nigeria.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian bermula ketika kenderaan yang dinaiki semua mangsa terkandas di Dabanga dekat sempadan Nigeria sebelum sekumpulan lelaki bersenjata menghampiri kenderaan tersebut lantas menculik mereka.

Pentadbiran paris tidak menolak kemungkinan kumpulan pelampau Boko Haram, yang mempunyai hubungan dengan kumpulan rangkaian Al Qaeda di Algeria dan Mali mendalangi penculikan.