NEW DELHI: Bantahan meletus di seluruh Pakistan pada Selasa selepas bekas perdana menteri dan pengerusi Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan Imran Khan ditahan di Mahkamah Tinggi Islamabad.
Sebaik Imran dibawa oleh pasukan separa tentera dari premis mahkamah, pemimpin PTI itu menggesa protes segera diadakan.
Penunjuk perasaan yang berang telah berhimpun di beberapa bandar termasuk Lahore, Peshawar, Faisalabad, Quetta, Gilgit, Sialkot, Karachi dan Islamabad.
Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan memasuki Ibu Pejabat Am Tentera (GHQ) di Rawalpindi.
Di Karachi, penunjuk perasaan menyekat jalan Shahrah-e-Faisa yang merupakan laluan utama di bandar itu.
Pada petang Selasa, saluran televisyen ARY melaporkan, pihak berkuasa bercadang untuk mengenakan sekatan ke atas perkhidmatan internet dan telekomunikasi berikutan protes itu.
Naib pengerusi PTI, Shah Mahmood Qureshi, meminta orang ramai supaya bertenang dan menuntut pembebasan Imran secara aman.
Beliau berkata ketua PTI itu ditahan atas tuduhan yang sengaja direka-reka.
Imran menghadapi lebih 100 kes melibatkan jenayah keganasan hingga rasuah.
Bekas bintang kriket itu pernah mengharumkan nama Pakistan dengan memenangi perlawanan akhir Piala Dunia ICC pada 1992 dan beliau masih kekal sebagai ahli politik yang sangat popular.
Protes beliau telah menarik perhatian ramai sejak disingkirkan sebagai perdana menteri menerusi undi tidak percaya di parlimen pada April 2022.
Imran mendakwa penyingkiran itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghalang Pakistan daripada melaksanakan dasar luar dan menggagalkan kempen menentang rasuah.
Desakan untuk mengadakan pilihan raya awal di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab dibantah oleh gabungan pemerintah yang dikenali Gerakan Demokratik Pakistan (PDM).
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Imran sering hadir ke mahkamah berhubung kes yang dikenakan ke atasnya.
"Penahanan beliau dilakukan oleh National Accountability Bureau (NAB) kerana menyebabkan kerugian kepada perbendaharaan negara," kata Menteri Dalam Negeri, Rana Sanaullah.
PTI sentiasa menegaskan bahawa penahanan Imran menyalahi undang-undang.
Penyokong Imran sering melaungkan slogan popular: "Jaan de denge, Khan nahi denge" (Kami akan menyerahkan nyawa kami tetapi tidak akan menyerahkan Khan).
Menurut pemimpin PTI, mengadakan pilihan raya dengan secepat mungkin adalah satu-satunya penyelesaian untuk menamatkan ketidaktentuan politik dan ekonomi di Pakistan.
Bagaimanapun, pemimpin PDM merasakan langkah mengadakan pilihan raya umpama menyerahkan semula kuasa kepada Imran kerana beliau diramal mampu memperoleh kemenangan besar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Imran Khan yang mengadakan protes terhadap penahanan beliau di Peshawar, Pakistan, 9 Mei 2023. (Foto AP)
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Pembebasan Bushra Bibi disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.
Imran Khan mohon jadi Canselor Universiti Oxford
Sebagai alumni Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat Imran menjadi Canselor, kata partinya.
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.
Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.
Pimpinan parti Imran Khan rancang bentuk kerajaan
Calon- calon pimpinan parti pemimpin pembangkang Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, merancang untuk membentuk kerajaan pada Sabtu.
Penyokong parti Jamaat-e-Islami protes bantah keputusan lewat di Karachi
Ratusan penyokong parti politik agama terbesar Pakistan, Jamaat-e-Islami, melakukan demonstrasi di luar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Karachi membantah kelewatan keputusan pilihan raya.
Bekas Presiden Pakistan Imran Khan guna AI dakwa kemenangan dalam pilihan raya
Imran yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu pada Jumaat.
Penduduk Lahore rai kemenangan dua pemimpin
Dua bekas Perdana Menteri Pakistan dan pesaingnya Nawaz Sharif dan Imran Khan mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya meskipun dicemari penangguhan keputusan dan serangan militan pada Jumaat.
Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan
Bantahan tercetus di tengah-tengah kelewatan pengundian dan dakwaan penipuan undi dalam Pilihan Raya Umum Pakistan.