Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn tidak teragak-agak untuk mengadakan referendum kedua sekiranya Perdana Menteri Theresa May gagal menggariskan kemungkinan perjanjian Brexit tidak akan dilaksanakan dan terus menolak alternatif lain yang dikemukakan pembangkang.
Corbyn juga berkata beliau enggan mengadakan pertemuan dengan May sekiranya tiada kata putus daripada pihak perdana menteri berhubung perjanjian berkenaan.
"Beliau kelihatannya bersedia untuk membawa negara ini ke arah kemusnahan," kata Corbyn ketika berucap di bandar Hastings pada Khamis.
"Sekiranya kerajaan terus bersungguh-sungguh mempertahankan pendiriannya, sekiranya alternatif dikemukakan parti Buruh dihalang dan negara berdepan kemungkinan berada dalam bahaya akibat tiada perjanjian, tugas kami adalah untuk melihat kepada pilihan lain.. termasuk mengadakan pungutan suara," tambahnya.
Sebelum ini, selepas perjanjian Brexit terkandas di Parlimen Britain pada Selasa, dan May terselamat daripada usul undi tidak percaya pada Rabu, beliau berjanji untuk bertemu dengan setiap pemimpin dalam mencapai konsensus baharu mengenai perjanjian itu.
Selain itu, May juga menegaskan, kerajaan pentadbirannya tetap komited bagi menjayakan perjanjian Brexit serta menyeru agar setiap pemimpin mengenepikan kepentingan diri sendiri.
BACA: Saya kata 'stupid people', bukan 'stupid woman' - Corbyn
BACA: Ketua Pembangkang guna perkataan kesat dalam Parlimen Britain
Dalam perkembangan sama, Menteri Luar Jerman Heiko Maas turut menggesa kerajaan Britain untuk mencari penyelesaian sewajarnya berhubung isu perjanjian Brexit kerana masa semakin singkat.
Langkah Brexit oleh Britain, iaitu tindakan keluar dari Kesatuan Eropah (EU), dijadual berkuatkuasa 29 Mac ini.
BACA: Usul Brexit Theresa May tewas di Parlimen Britain
BACA: Theresa May selamat usul undi tidak percaya
Menerusi ucapannya di Berlin, Heiko mencadangkan agar ahli Parlimen dan penggubal undang-undang yang mengundi bagi mencapai kesepakatan dalam isu berkenaan supaya mendalami kepentingan perjanjian Brexit.
Selain itu, Menteri Ekonomi Jerman Peter Altmaier menjelaskan, EU akan melihat sebarang cadangan yang dikemukakan London dan inisiatif pihak mereka untuk menyegerakan perjanjian.
BACA: Usul Brexit gagal: Kepimpinan EU cabar Britain kemuka langkah jelas
BACA: Theresa May tangguh undi Brexit
Astro Awani
Fri Jan 18 2019
![Pemimpin Parti Buruh Britain ancam adakan referendum kedua Pemimpin Parti Buruh Britain ancam adakan referendum kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547777137_JeremyCorbyn.jpg)
Jeremy Corbyn ketika berucap di Hastings, 17 Jan, 2019. REUTERS
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
![Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655173500_MarosSefcovic.jpg)
Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.
![Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641081595_Lorriesqueue.jpg)
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
![Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625726548_DatukDrAsyrafWajd.jpg)
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617796933_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626997154_UrsulavonderLeyen.jpg)
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617709639_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626914345_TBBORIS.jpg)
Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.
![Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619526725_TBEUBREXITx.jpg)
Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.
![Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/41554784867_MAKANANLAUT.jpg)
Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.
![Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611040500_SalahuddinAyub.jpg)
Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.