SIDON: Israel melancarkan satu serangan udara ke Sidon, Lubnan pada petang Jumaat, yang membunuh seorang pemimpin kanan dari kumpulan Hamas, Samer Al-Hajj.

Ia disahkan sumber Hamas dan dua sumber keselamatan lain.

Serangan itu, yang berlaku di pinggir selatan bandar pelabuhan Sidon, kira-kira 60 kilometer dari sempadan.

Samer dilaporkan sedang bertugas di di kem pelarian Palestin berhampiran Ain Al-Hilweh.

Serangan turut menyebabkan pengawal peribadinya mengalami kecederaan kritikal.

Tentera Israel telah melancarkan serangan terhadap anggota Hamas, kumpulan bersenjata Lubnan yang bersekutu, Hezbollah dan kumpulan lain di Lubnan dalam tempoh 10 bulan yang lalu, selari dengan perang di Gaza.