JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sedang mengatur Pemilihan Umum (Pemilu) susulan atau pengundian tambahan di 668 pusat pengundian (TPS) di empat wilayah berikutan isu seperti banjir, kekurangan kertas undi dan kebimbangan keselamatan.
Dalam sidang media pada Rabu malam, Pengerusi KPU Hasyim Asy'ari mengumumkan bahawa pengundian tambahan itu akan diadakan di Demak, Batam, Jayawijaya, Paniai dan Puncak Jaya.
Beliau berkata Demak, yang terletak di Jawa Tengah, sebagai contoh sedang berdepan banjir yang menjejaskan 108 TPS manakala Batam di Kepulauan Riau mengalami kekurangan kertas undi di lapan TPS.
Menurut beliau, Jayawijaya di Papua Highlands pula berdepan dengan ancaman keselamatan yang menjejaskan empat TPS manakala Paniai dan Puncak Jaya di Papua Tengah masing-masing menghadapi masalah di 92 TPS dan 456 TPS.
Indonesia mengadakan pilihan raya presiden dan legislatif pada Rabu, melibatkan 204.8 juta pengundi dengan 820,161 pusat mengundi dibuka di 38 wilayah.
Calon presiden, Prabowo Subianto dilapor muncul sebagai pendahulu Pemilu 2024 Indonesia berdasarkan kiraan pantas atau quick count dengan memperoleh lebih 50 peratus undi.
Keputusan itu selari dengan ramalan banyak analis bahawa menteri pertahanan dan regunya, Gibran Rakabumi Raka, Datuk Bandar Solo di Jawa Tengah, boleh menang dalam satu pusingan.
Litbang Kompas menunjukkan bahawa Prabowo mendapat 58.73 peratus undi, dengan Anies Baswedan pula 25.10 peratus undi dan Ganjar Pranowo memperoleh 16.17 peratus undi, berdasarkan 88.45 peratus sampel di pusat-pusat pengundian
Menurut Poltracking, Prabowo mendapat 59.35 peratus undi, Anies pada 24.37 peratus sementara Ganjar pada 16.28 peratus, berdasarkan kiraan 95.67 peratus undi contoh.
Keputusan kiraan pantas daripada badan penyelidikan yang berdaftar dengan KPU adalah tidak rasmi tetapi dijangka selari dengan kiraan rasmi KPU yang dijangka dikeluarkan pada 20 Mac.
Prabowo ketika mengulas keputusan kiraan pantas malam tadi menekankan keperluan untuk merendah diri dan menunggu keputusan rasmi dari KPU.
"Sementara kami menghargai petunjuk kemenangan, adalah penting untuk tetap rendah diri. Kemenangan ini harus dilihat sebagai kemenangan untuk semua rakyat Indonesia," katanya di Istora Senayan.
Sementara itu, Anies dilaporkan berkata: "Proses pengiraan rasmi mengambil masa, ayuh kekal tenang."
Ganjar pula dilaporkan berkata : "Kami memantau dengan teliti semua keputusan kiraan pantas yang dilaporkan dan semestinya menunggu pengiraan akhir rasmi."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Hasyim Asy'ari mengumumkan bahawa pengundian tambahan itu akan diadakan di Demak, Batam, Jayawijaya, Paniai dan Puncak Jaya. -Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.

Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.

Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.